Wednesday 6 June 2012

Cerdik Pandai yang Membinasakan

Terkadang..kita tidak bhenti mengejar ilmu..mencari dan terus meneroka semua yang mampu kita pelajari.Semakin deras arus zaman mengalir..semakin kita mengorak langkah selaju- lajunya supaya kita tak ketinggalan..sebab kita xboleh berhenti dr mencari dan mempelajari ilmu Allah..


Bila kita sudah berjaya mendapatkan pelbagai sijil dan anugerah dengan cemerlang sehingga kita bisa mematahkan hujah2 masyarakat.Kita semakin gah dan yakin pada diri..Kita berjalan tanpa rasa segan silu lagi.Kita semakin yakin pada diri kemana saja kaki ini melangkah,kita takkan tersesat.


Tanpa kita sedar..kita mula melihat manusia di sekeliling sebagai cebisan2 kecil yang mengganggu laluan. Sehingga pandangan kita semakin kabur untuk melihat debu2 kotor yang melekat di badan kita.Lidah yang dulu kelu sudah makin lancang melontar kata2 kesat dan hinaan kpd org2 yang rapat dengan kita.Mata yang dulu basah dengan rasa hormat,sudah semakin keruh dengan pandangan hina kita kpd mereka yag tak mempunyai sijil dan anugerah seperti kita miliki.


Apa yang paling mengecewakan...kita dah mula letakkan Islam sekadar keperluan dalam hidup kita.Kita leka dengan arus dunia.Kita masih membalut diri dengan pakaian,tapi semakin lama,pakaian itu semakin jauh dari syariat.Kita bangga menghiasi hari2 kita dengan kawan2 yang nyata2 jauh dari Islam.Kita juga terus2an mengiyakan kata2 mereka yang memiliki sifat2 munafik..yang sudah terang2 membelakangkan Islam..


Umpatan dan cacian..menjadi perbualan dan pembasah bibir kita saban waktu.Solat jemaah dan ceramah agama menjadi keluhan bagi kita.Tanpa rasa bersalah kita mentertawakan mereka yang mahu berubah dan memakai pakaian yang mengikut syariat..


Ukhwah kita dengam masyarakat semakin longgar..semakin renggang..Kita sudah lupa bantuan mereka2 ini tidak mustahil akan diperlukan satu hari nati.Kita rela memekakkan telinga dengan nasihat2 hanya kerana kita ikutkan kata nafsu.Kita lupa yang semua yang kita sedang lakukan itu berlandaskan hasutan syaitan semata2..


Ini semua berlaku kerana keangkuhan kita saat bertutur~'aku pandai..untuk apa aku dengar kata2 mereka yang bodoh tuh'..tanpa kita sedari..ianya melekat dan menjadi titik hitam yang membaluti hati kita..membina tembok tembok halangan utk kita menju redha Allah..


Renung2kanlah...Lebih baik jadi org yang pandai tapi rendah diri daripada menjadi manusia pandai yang angkuh


Friday 6 April 2012

Benda yang sentiasa dipandang remeh

                                                 SAYANG SAHABAT- SAHABAT KERANA ALLLAH






BIla mengumpaT dan Fitnah Sudah jadi makanAn Harian..
Bila tazkIraH dan TegURan di Pandang TanPa pEraSaaN
BiLa TiDak iKut SyaRiat agAma dan menInggaLkan IslaM kerana DunIa Jadi SemBang jalanAn..


#beRhatI2 jiKA aNDa mEmpUnyai CiRi2 di aTas.

Tuesday 3 April 2012

TanpaMu Kasih ku tak berdaya

Memang itu lumrahnya hidup..takkan bisa senang lenang saja..
Takkan di sulam damai sepanjang masa bila namanya seorang mukmin..
Akan ditikam dirodak sang hati..di uji saban hari..hingga hilang kudrat diri..
Jatuh tersungkur..mencium bumi..Sedarlah diri...Datangnya kamu dari tanah ini..
Kamu hanya hamba..yang tidak miliki apa-apa..Di batang tubuh kamu semuanya dipinjam saja...

Dimasa lapang..hanya tahu bergelak ketawa...
Terasa seperti masa mampu menunggu kita...Sebenarnya itu hanya ilusi semata..
Larangan baba ummi di lontar sejauhnya..rasa seperti mereka hanya nak mengongkong saja..
Bila masa kian suntuk, umur kian meningkat..bila nyawa di hujung tanduk...
Baru terkial-kial mencari motivater..baru sedar yang selama ini kamu alpa..

Tapi...
Allah itu sentiasa anda..Tak pernah hilang kemana- mana..
Kerana Dia akan sentiasa melihat kita..Tak pernah Dia membenci hambaNya..
Menguji kerana ingin mentarbiah kita..andai kita sedar..jalan keluar masih ada..
Kerana pintu taubatnya sentiasa terbuka..selagi ajal tidak menjemput...selagi mata masih terbuka..

Pulanglah ke jalan yang lurus..bertaubatlah saban waktu..mohonlah hidayah dariNya..
Kerana tanpaNya kita bukan siapa- siapa...


Friday 30 March 2012

HAmBa Allah atau Hamba NAfSu

Assalamualaikum wbt....sangat2 tertarik dengan status abg Sham Kamikaze pada hari ni.buat hati nurani ni tersentuh..sebak dan terasa nak berdiri depan cermin..nak x-ray hati..di manakah tahap nafsu ku??Takut sangat kesilapan dan kealpaan ni..menjurangkan aku dengan sang Pencipta yg Esa....


1) Nafsu Ammarah
Peringkat nafsu ini merupakan peringkat nafsu yang paling hina dan jahat. Nafsu Ammarah tidak menyuruh sesuatu pun pada diri kita kecuali kepada kejahatan. Orang yang berada di tahap nafsu ini telah dikuasai oleh hawa nafsunya. Apabila nasfu menguasai, maka segala perbuatan dan perkataannya sentiasa terdorong kepada kejahatan dan kederhakaan kepada Allah. Allah menyatakan kejelekan nafsu ini dengan
Firman-Nya: Sesungguhnya nafsu itu sangat mengajak kepada kejahatan.(Yusuf:53).


Sekiranya kita berada di tahap nafsu ini maka celakalah kita. Sebabnya kita tidak akan terlepas daripada seksaan api Nereka Allah. Ini adalah kerana tiada kebaikan pada diri kita. Nafsu diperingkat ini memiliki hati yang penuh dengan sifat-sifat mazmumah Seperti sombong, dengki, mengumpat, mengadu domba, dendam, menghina, riak, ujud, sum’ah, pemarah, pemalas, kuat tidur, kuat makan, malas beribadah, suka kepada kesoronokan dan sebagainya. Mereka telah menjadi hamba nafsu bukannya menjadi hamba Allah.



2) Nafsu Lawwamah
Peringkat nafsu ini lebih baik sedikit daripada nafsu Ammarah. Peringkat nafsu ini, telah pun menyedari keburukan sifat-sifat yang bersarang dihatinya. Telah berusaha bermujahadah menentang segala sifat buruk itu. Mereka telah memiliki ‘iman ilmu’ dengan cara mempelajari dan mendalami ilmu-ilmu yang berkaitan Islam. Ini tidak juga menjamin mereka beramal dengan apa yang mereka ke
tahui. Kadang-kadang kejahatan ulama-ulama dan dosa yang mereka lakukan melebihi kejahatan yang dilakukan oleh orang jahil. Mereka yang bernafsu lawwamah telah pun melakukan mujahadah menentang sifat-sifat buruk itu, tetapi sering tewas oleh bujukan hawa nafsunya sendiri. Bila menyedari kesilapan, mereka menyesali atas kejahatannya, tetapi mengulanginya kembali disebabkan desakan nafsunya melebihi keimanannya. Peringkat nafsu ini boleh berlaku kepada mereka yang sudah bergelar ustaz, ustazah, kadhi, mufti, ulama, tok guru dan professor. Ilmu yang banyak tidak dapat menjamin keselamatan dan terpelihara daripada pujukan nafsunya sendiri. Setiap ilmu yang ada hendaklah diamalkan dengan bersungguh-sungguh dan berterusan (istiqamah) disamping berusaha dengan tekun melawan kehendak nafsu yang hina. Dengan cara inilah nafsu jahat kita akan berubah sedikit demi sedikit menaiki tangga nafsu yang lebih baik dari sebelumnya. Tanpa perubahan yang dilakukan , mereka masih tercela dan dimurkai Allah, kerana orang yang bernafsu lawwamah masih tidak selamat dari Neraka Allah.



3) Nafsu Mulhamah
Latihan yang sistematik dan istiqamah dalam mengikis sifat-sifat kesyaitanan dan kebinatangan (sifat mazmumah) akan menyucikan hati kita. Hati ibarat sebagai satu bekas, mestilah kosong dari sifat-sifat mazmumah (tercela), supaya hati itu dapat pula diisi dengan sifat-sifat mahmudah (terpuji). Jiwa yang bernafsu Mulhamah adalah jiwa yang mula menampakkan keelokan pada jiwa itu. Orang yang bernafsu Mulhamah mula mendapat ilmu-ilmu terus dari Allah yang disebut ‘Ilham’ atau ‘Laduni’.

Firman Allah swt : Demi nafsu (manusia) dan yang menjadikan (Allah) lalu diilhamkan kepadanya mana yang buruk dan mana yang baik. Sesungguhnya dapat kemenanganlah orang yang menyucikan (nafsunya) dan rugilah orang yang mengotorkannya. (As-Syam: 7-10)


Tahap nafsu ini merupakan tahap pertama dalam memasuki sempadan kewalian. Oleh kerana itu kita seharusnya berada paling minimanya di tahap nafsu ini. Walau bagaimana pun kita janganlah terus berada diperingkat nafsu ini, kerana orang yang berada diperingkat nafsu ini belum lagi mantap. Jiwa perlu digilap dan ditingkatkan lagi agar ia dapat mendaki nafsu yang lebih tinggi.



4) Nafsu Mutma’innah
Sekiranya kita berada diperingkat nafsu ini, barulah kita akan terselamat dari seksaan Neraka. Ini dinyatakan sendiri oleh Allah swt, "Wahai jiwa yang tenang (nafsu mutma’innah) kembalilah kepada Tuhan-Mu dengan hati yang puas lagi diredai-Nya. Maka masuklah ke dalam jemaah hamba-hamba-Ku dan masuklah ke dalam Syurga-Ku. (Al-Fajr:27-30).

Merupakan peringkat permulaan untuk menuju kepada Allah. Tetapi awas kita akan jatuh juga di dalam tipuan-tipuan yang tersangat halus, sekiranya kita tidak berhati-hati. Di antara penipuan-penipuan itu ialah seperti syirik khafi (syirik yang tersembunyi), cintakan kedudukan dan pangkat. Orang yang bernafsu mutma’innah ini dari segi zahirnya nampak cantik iaitu bersifat yang mulia lagi terpuji seperti pemurah, lemah-lembut, bertawakal, zuhud, warak, syukur, sabar, redha. Tersingkap kepada mereka akan rahsia-rahsia ketuhanan, bahkan telah terjadi kepadanya perkara-perkara pelik dan sebahagian dari keramat-keramat. Ia merasakan dirinya telah dinaikkan maqam Iman Al A’zam (Iman Besar). Inilah sebahagian daripada penipuan-penipuan yang perlu kita berhati-hati.

Kadang- kadang bila org perlekehkan kita..Org hina kita...kita marah..kita cakap, kenapa tuduh kita bukan2..Knapa fikir kita gitu.Kita org Islam..Kita masih percayakan kewujudan Allah...tapi sedarkah kita yang sebenarnya kita sendiri yang perlekehkan diri..Allah akan menjaga hamba2Nya yang soleh dan solehah. Kita cakap kita percaya kewujudan Allah..Kita Islam..tp di manakah sbenarnya tahap Iman kita...? Kita,adakah seorang hamba Allah yang menjaga Iman, Hati dan akhlak kita seperti yang disarankan Islam??

 #tepuk dada tanya iman...jangan tnya nafsu.. <3

Sunday 5 February 2012

Sanah Helwah Ya habibi

                                                            Berjalan tanpa henti

                                                        Puncak Broga di tawan sudah

                                                       Ketua tercinta memberi talk

Alhamdulillah..bertangga2 kesyukuran same2 kita panjatkan kpd Allah yg Esa..yang xpenah putus2 memberi rezeki kepada kita.. Dan tidak lupa juga selawat dan salam ke atas junjungam besar Nabi kita Muhammad SAW. Sempena Maulud Nabi ni...as join Nisa' Malaysia daki bukit broga... Dlm kepala mula2..yes..dia hanya bukit..Kalu sebelum ni Gunung lagi ku daki.apatah lagi sebuah bukit.n cita2 as mase tuh...as nak jd group pertama tawan puncak..Tapi hati ni nervous sgt.sbb dah lame xhiking..joging pom xsgt..Dah lah as demam..roti mkn skeping j..so dlm pikiran ni..camne nak hiking..Kaki yg jatuh ritu xsihat elok agi...Mula lah di bisik syaitan tuk melemahkan semangat as...

Tapi kerana pikir balik niat utama dtg n Allah yang gerakkan hati nak hiking.So as gagahkan jgk.Tuh kali pertama as give up bila hiking..As bukan nak berlagak.Penat n sakit mcm ane pom..As xpnh kuar dr mulut ni ckp,as xnak naik dah.as xlarat dah..ya Allah..tekak ni loya sgt..jalan pom terhuyung hayang...Tp partner selalu bagi semangat..paksa as nek jgak...yg paling terharu...dowang rela tunggu as stabil balik..Naik sama2..Ya Allah..itulah ukhwah Islam yang kita nak. Tengok kawan2 yang xpnh putus harap...As gagahkan jgok..sbb as tengok budak2 kecik pom naik..org bawak baby nek..org tua bertongkat pom naik Kalu dowang boleh wat kenapa bukan kita.??

Bila hampir smp k puncak...Mula berdebu...dia xsama cam gunung2 yg as daki...sgt berbeza..Broga d keunikannya sendiri...As daki gak bukit ala- ala padang pasir tuh..Dari atas,kawan2 menjerit Asma Boleh.. ASma Boleh... ~waaaaa..sgt bersemangat..smp tetamu2 broga yg xdikenali pom bagi support..Yes!!i can do it..Alhamdulillah..dgn zikir yg xpenah putus dan keyakinan dgn pertolongan Allah...As smp puncak..Syukur segalanya...

Ops..Ops...jgn tertipu...Kami xdaki smp puncak teratas.haaa...nak taw nape?? Ok..ok..as gtaw..

Mase tuh sgt2 bsemangat nak smp puncak.Tapi kawan2 ramai agi kat bawah...Kami 30 org..yg dah smp hanya 6 org..So kami wat keputusan utk tunggu kawan2 yang lain smp..Nak tawan puncak teratas sama2..Tapi memandangkan ramai yg xlarat..so kami hanya benti kat puncak itu shj...Kami rasa xd guna kalu apy sorg2 tawan puncak tuh..Biarlah semua rasa kebahgian yg sama rata...

Alhamdulillah..Masa yg kami amek hanya sejam..Yes,lebih kurang tuh lah tempoh nabi Muhammad daki gua sur dulu...Apa yang kami rasa sgt susah...mst Nabi rasa lagi susah...sbb Baginda daki di waktu mlm dan pagi...Subhanallah..Kalu Nabi xpilih tuk daki mase tuh..Kita semua mungkin xbergelar muslim kan???

Betapa sayangnya Rasulullah kpd kita...Di saat akhir pom baginda masih ingat umatnya...Begitulah org yang hidup tuk org lain dan kerana Islam..Tak pernah rasa tuk mementingkan diri sendiri..Rela berkorban walau apa pun..Sama- sama kita soal diri kita....Tahap manakah syg kita kpd Rasulullah?? Apakah sanggup kita mewakafkan diri kita tuk umat dan Islam??

Sama- sama kita berselawat kpd NAbi Muhammad SAW..bukan sekadar hari ini..tapi selamanya...i.Allah


                                                                   JUMPA LAGI

Wednesday 1 February 2012

Tips Istiqamah Mengikut al- Quran


 Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah.Allah masih bg kesihatan dan kesempatan kat as join Pogrem Graduasi Mahasiswa pada hari ini..Motivater yang ditampilkan juga hebat2 dan tidak asing lagi bagi kita.As tertarik dgn satu jawapan kepada soalan seorang mahasiswa kpd Dr Hj Mohd Shafie bin Hj Md Amin..jawapannya sgt ringkas.tp begitu kuat hujahnya.Membuat as semakin kuat tuk istiqamah..
Soalan: Kita sering insaf dan ingin berubah setelah join mane2 slot motivasi.Tapi yg menjadi masalahnya..Bila keluar shj  dr pintu dewan ini..Sy gagal tuk istiqamah..BAGAIMANA SY NAK ISTIQAMAH???

Jawapan: Saya xnak bg tips yg panjang lebar..sbb awk semua tahi dan blh dptkannya melalui pembacaan...Tapi sy nak antum semua yakin kpd sesuatu kitab..yang tiada keraguan padanya..iaitu al-Quran..semuanya sudah termaktub disini..i.Allah.awak akan berjaya  istiqamah,kalu awak ikot cara ini...

Firman Allah swt yg bmaksud: (Dan mohonlah pertolongan kpd Allah dgn sabar dan solat.dan solat itu sangat berat, kecuali bg org2 yg khusyuk..(al-Baqarah:45)

Kita selalu sekadar baca shj.Tp xmemahaminya secara praktikal tuk hidup kita...Sabar di situ dimaksudkan jua sbagai taat.Sabar merupakan sesuatu yg sgt susah.Begitu juga solat..Semua org boleh buat.Tapi bukan semua mampu tunaikan secara sempurna solat itu.. kecuali org2 yang yakin,akan janji ALlah..dan mereka merasa kehadiran Allah semasa mereka solat itu..

Jadi utk dpt darjat ini..kuncinya adalah 'PAKSA'. Ya sahabat2 semua.Paksa lah diri anda melakukan sesuatu amal itu..walaupun ianya sgt ringkas..asuh lah dgn perkara2 fardhu dl.Kalu kita boleh consistent dgn perkara fardhu ini,i.Allah kita takkan susah tuk istiqamah dlm benda lain.Sebab kita melakukan ibadah sbb nk keredaan Allah...

Ada disebut dlm Surah al- ankabuut:69  tentang org2 yg memaksa dirinya(ikhlas) yg bermaksud.(Dan org2 yg berjihad(mencari keredaan) Kami, Kami akan tunjukkan kpd mereka jln2 Kami. Dan sungguh, Allah berserta org2 yg berbuat baik..

Ingatlah kawan2..Allah pandang hati kita.Kalu kita betol2 nak istiqamah..nak jadi hambaNya yg beriman dan mencari redaNya...Dia tak akan persia2 kan..Ingatlah dlm setiap apa kita buat..."Innallaha Ma'ana"..



Thursday 1 December 2011

:: Siapa sebenarnya yg kita perlu takut? ::



As ase xperlu as nak bebel panjang dlm entry ni..Cukup kita biarkan gambar di atas berbicara.

Berada di tanah suci Allah...dirumah Allah..tp masih perlu di jaga oleh askar n polis...Apa yg kita takut sebenarnya...Tidakkah anda yakin dgn penjagaan Allah..??

Begitu juga bila kita takut akan ancaman manusia..takut klu membantah akan mati kebuluran..akan diberhentikan kerja...kenapa perlu ada rasa takut itu kpd yg tidak berhak?

Sama-sama kita renungkan...