Thursday 28 July 2011

Redhakah kita?

Assalamualikum..selamat petang semua.Ini edisi mengintai jap ke dlm blog..huhu..


Tetiba di saat kebusyan yg melampau ni,timbul satu persoalan di benak fikiran as ni.."Redhakah kita dengan ketentuan Ilahi?"


Erm..mestilah secara umumnya semua akan jawab.Redha jew.Dah mmg Qada' Qadar di tangan Allah s.w.t.
As pun mula-mula jawab gitu.Tapi tbe2 as fikir balik..ishk.yekew aku ni redha jew dgn ketentuan Allah s.w.t.


As bg contoh ek..Kita tersekat di dlm kesesakan jalan raya...sedangkan kita nak cepat ni...Mesti masa tuh kita mengeluh,Ei...jem lah pulaaaaaaaak..xsukewnya!hah,btolkan?Sedangkan kita tahu,jem yg terjadi masew tuh semua ketentuan haaa...macam mana tuh iman kita saat tuh..Kita dah xredha tuh..


Ada jugak di sebut didalam Al-Quran,'Nikmat/kebaikan yang menimpa kamu itu,semuanya dari Allah.Musibah/keburukan itu dtgnya dari diri kamu sendiri"...Ok,perasan tak Allah menggunkan ayat menimpa di situ..Kenapa Allah guna nikmat yg menimpa?Awat,nikmat Allah tuh ada yg buruk kow?Sedangkan Allah tuh memiliki segalanya..Tiada cacat cela...


Nak taw tak napew?Ok,mcm ni...kita berbalik kpd contoh di atas.Jem tuh sbenarnya ada sbbnya..mungkin kalu Allah xwat jem tuh,kita dah pecut laju2 kan..mane tahu kat depan sanew kalu kita laju kita akan kemalangan.Hah,nampak x hikmah kat situ?Sesungguhnya aturan Allah tuh dah cantik dah,cuma manusia ni kadang2 dia merasakan ketentuan Allah tuh sbgai sesuatu yg tidak baik sedagkan Allah lebih tahu akan sesuatu itu...


Firman Allah dlm surah at-taghabun yg bermaksud:'' Tidak ada sesuatu musibah yg menimpa (seseorang)kecuali dgn izin Allah, dan barangsiapa yg beriman kpd Allah,nescaya Allah akan memberi petunjuk kpd hatinya.Dan Allah Maha Mengetahui sesuatu.(QS.64:11)

okew..tuh j..As dah nak siap gi kelas nie..Nati As bebel agi ek...Semoga tindakan kita membezakan kita dgn org kafir. (n_n)

Monday 25 July 2011

{Membiarkan dirimu dibuai perasaan samalah seperti membenarkan diri dibuai oleh syaitan kerana syaitan suka kepada orang yang berkhayal. Menyedari kesalahan sendiri adalah lebih baik dari baik daripada menegur kesalahan yang dilakukan oleh orang lain tanpa menyedari kesalahan sendiri.}
assalamualaikum...
hah..perasan x..ada 2 point yg penting kat dalam ayat kat atas tuh?
erm...kowang xperasan k?Tgok betol2 lah..bukak mata bulat2..
hah,kan jelas..jumpakan jumpakan point2nya...
pandai kawan-kawan as ni..
jom kita buat hurain sikit..
* * * *   * * * *
# Membiarkan dirimu dibuai perasaan samalah seperti membenarkan diri dibuai oleh syaitan kerana syaitan suka kepada orang yang berkhayal.
Hah..perasan xkawan-kawan..Kita semua sama seperti yg diperkatakan di atas..kan kan?ecece..wat-wat muka xbersalah lak kowang..Bak kata ustaz as..xpyah hangpo semua nk buat muka sucilah..ngaku jew lah.(n_n).hihi..hah,ngaku pom.okew2,as pom gitu kdg2..yewlah kita hamba Allah yg lemah.Tak boleh lari dari kesilapankan.Lagi-lagi time ada masalah kew..mulalah naik atas katil,pelok bantal dan diam jew..(err..berpengalaman jew as ni)
A'a..mmg gitu pom as nie..So,hari ni as asew nk berubah.Dah membuak-buak dah ni semangat nak berubah.Lagi-lagi pensyarah,kawan2 duk bg support..mmg xtahan lah.Asew cam nak jadi baik terus hari ni..huhu.Bukan apa,yewlah dr umur bapew lagi kita duk buat perangai mengelamun camni.Smp xbersemangatlah..give up lah.Apew yg kita dpt sebenarnya.Bila as duk muhasabah balik diri..buat apew lah aku duk nangis2,duk termenung pikir kan masalah.Bukan xleh pikir langsung,tapi bialah kita selesaikan dlm keadaan yg rasional.
Contoh,ada masalah dgn kawan..cuba bawak berbincang.Jangan serkap jarang j..tahu nak gaduh jew..xbest lah gitu.kan kan.Petua yang paling mujarab lak..Kita berdoa kat Allah..Mohon Allah permudahkan urusan.Kita kan MAHASISWA.So,tindakan kita bialah ade claaaaaaaaas sikit.Baru org tabik...
Kita fighting sama itu syaitan..jangan kasi dia menang buat kita lara dan lupa Allah.Kalu dia hasut kita cepat2 halau dia dgn ayat Quran.Tibai dia teruk2..Dush..dush..huhu
Menyedari kesalahan sendiri adalah lebih baik dari baik daripada menegur kesalahan yang dilakukan oleh orang lain tanpa menyedari kesalahan sendiri.
Ni yang Allah d sebut dlm Al-Quran yg bermaksud:"Mengapa kamu menyuruh org lain(mengerjakan)kebajikan sedangkan kamu melupakan diri kamu sendiri,padahal kamu membaca Kitab.Tidakkah kamu mengerti"(QS.2:44)
Hah...tengok tuh satu celaan dari Allah tuh kpd org yg bersikap camni.Janganlah main2 dengan kata2 Allah.
Malulah kan kawan2 kalu kita jadi gitu.Lagi-lagi kita ni org dalam bidang agama.Tak nak lah kan..Kita kena jadi contoh kat org lain.
Satu lagi dlm surah Al-munafiqun Allah de berfirman dlm ayat 9-11.Dalam ayat ni Allah bincangkan soal peranan org mukmin.Allah tegur org mukmin supaya tidak lalai dlm mengingati Allah dlm apa2 hal pun.Ayat last tuh Allah ckp manusia ni akan menyesal apabila dia dlm keadaan nazak.Allah tidak akan sama sekali kembalikan kita ke dunia utk bertaubat.
Ishk..ishk...nauzubillah.Tak nak lah jadi gitu..Baik kita berubah skg.Jadi hamba Allah yg soleh dan solehah.Lagi2 bulan sya'ban ni lah di alihnya nama yg akan ditarik nyawanya ke dlm buku malaikat maut.Mungkin nama kita dah tersenaraikan.Hope kita sempat lah bertaubatkan..Jom..jadi budak baik..Nati Allah dan masyarakat syg..
okewlah..nati as membebel lagi yew.As nak stadi nie..Syg semua kawan2 as..Jaga diri ek.(n_n)

Saturday 23 July 2011


Tuhanku..
ketika hati ini  menangis, hanya Engkau sahaja yang tahu


Tuhanku..
Ketika mereka meninggalkan aku sendiri.
Ketika dunia tiada simpati, Kau tetap mendengar rintihanku.
PadaMu tempatku menagih kasih.
Ketenangan ku rasa mendekatiMu.
Syahdu malam tak terasa sunyi


Tuhanku..
Ketika aku dalam kepayahan, dalam kesendirian dihimpit cubaan.
Kau beri aku kesabaran, pengalaman mengajar erti kematangan.
Lantas Kau membuka pintu hatiku, untuk memberi kemaafan.
Pada mereka yang pernah melupakanku


Tuhanku..
Ketika aku buntu.
Kau berikan aku kekuatan, kau tunjukkan aku jalan.
Kau tak biarkan aku sendirian


Tuhanku..
Yang Maha Pengasih, Rahmatmu tak terkira.
Syukurku melangit pun tak tercapai.
Sungguh aku merasa berdosa kerana dulu sering lalai.
Semoga penyesalanku Kau terima.

Terima Kasih Allah kerana sesalu mendengar rintihanku..

Friday 22 July 2011

FORUM PERDANA::Peranan Mahasiswa dlm Berdakwah






*Kenapa kita berdakwah?


Makna etimologis Dakwah dapat dilihat dari kata dakwah dalam Al-Quran yang memiliki banyak arti, antra lain :


  • Menyampaikan dan menjelaskan (lihat QS Fushilat:24, Yusuf : 108 dll)
  • Berdo’a dan berharap (lihat QS Al-A’raf : 55)
  • Mengajak dan mengundang (lihat QS Yusuf : 33)


Para ulama dan pemikir muslim memberi makna dakwah secara terminologis dengan definisi yang variatif seperti :

Ibnu Taimiyah : "Dakwah ke jalan Allah adalah dakwah untuk beriman kepada Allah dan kepada apa yang dibawa nabi Muhammad SAW, yang mencakup keyakinan kepada rukun iman dan rukun Islam (Lihat Al Fatawa al-Kubro 15/158, cet 1, Mathobi’al-Riyadh)


Maka dengan memahani definisi dakwah di sini sendiri dengan jelasnya kita tahu kenapa kita perlu berdakwah.

*Cara mula berdakwah
Dakwah  bermula dari diri kita sendiri.Apabila kali pertama kita melafazkan syahadah dr situ kita perlu n seharusnya memulakan dakwah ke atas diri kita mengikut segala perintah Allah dan meninggalkan laranganNya.

Contoh di sini: Solat 5 waktu. Di sini kita secara jelasnya perlu mentarbiyah diri kita untuk solat mengikut masa yg ditetapkan oleh Allah s.w.t kerana Allah menetapkan waktu solat untuk mentarbiyah kita.

Seperti yg kita tahu,Srikandi islam iaitu Sumayyah r.a,beliau antara golongan awal yg memeluk islam.Beliau tidak sempat berhijrah bahkan tidak sempat berpuasa.Tapi hanya dengan melafazkan syahadah sekaligus teguh imannya sehingga menjadi syuhada'.

Pada awal penyebaran Islam juga Nabi hanya menyuruh org Islam pergi kerumah2 dan mengajar mereka bersyahadah shj..Itulah permulaan dakwah..

*Peranan Mahasiswa
GELARAN:
sek ren:Murid
sek men:Pelajar
Universiti:MAHAsiswa

Kenapa kita digelar MAHAsiswa apabila berada di peringkat kampus? Ini kerana MAHA merupakan satu pengiktirafan masyarakat kpd kelompok kampus.Sebenarnya apabila kita digelar MAHAsiswa,batang tubuh kita  di amanah untuk menyebarkan ilmu yg kita pelajari.

Sebagai MAHAsiswa kita seharusnya menjadikan Ali r.a sebagai idola dlm memartabatkan Islam.Ali seorang remaja yg tidak pernah gentar dlm mendokong perjuagan Nabi s.a.w.Ini kerana di dlm hatinya yakin dan pasti dengan janji Allah .Susuk tubuh ini sentiasa sedar bahawa menjadi  tugas remaja untuk menyebarkan dakwah krn remaja merupakan tunggak negara.Adakah kesedaran kita spt ALi??

Seharusnya di dalam jiwa MAHAsiswa perlu ada::
1-Rasa tanggungjawab untuk keluar berjuang.
2-Memberi kerisauan kpd remaja yg bersifat lengat(tiada perasaan risau tntg keadaan agama yg runcing)
3-Mengharapkan perubahan pd kawan2.
4-Sentiasa berusaha utk menambahkan iman dan ilmu.
5-Mementingkan Islam berbanding hawa nafsu.

*Dakwah tarbiyah
 Sesungguhnya manusia adalah maksiat.Maksiat di sini bermaksud manusia sgt senang terjerumus ke dlm lembah maksiat apabila tidak teguhnya iman.Di dalam Quran ada menyebut manusia sentiasa di dlm kerugian.Syaitan sentiasa membisik ke dlm hati mereka.Hati mereka sentiasa berbolak balik.

Maka di sini jelas yg tarbiyah merupakan kewajipan kpd kita.

Namun begitu,pada zaman ini ramai mahasiswa yg tidak sedar akan pentingnya tarbiyah dan dakwah.
Contohnya:sedekah~senyuman dan salam.Benda sesenang ini pun sukar utk di amalkan.Dan kita dpt lihat sendiri zaman kejatuhan islam dlu krn dgn mudahnya remaja menjual agama mereka.

Apa yang dapat membuat hati kita kuat:
1-Usrah menguatkan ukhwah.
2-Baca Al-Quran dan fahami maknanya dpt menambahkan iman.
3-Mengikut sunah dpt mengasuh diri istiqamah.
4-Kuatkan akidah dan ibadah.

Tarbiyah kehidupan kita dengan sentiasa berada dlm saf2 org soleh.Tidak putus dr di bimbing oleh da'i dan murabi yg dapat bimbing jiwa kita.

Tarbiyah membuka lorong2 taubat,lorong2 bahagia,lorong2 menuju keredaan Allah dan memudahkan langkah kita dlm mencari kasih syg Allah.

p/s:Joinlah pertubuhan2 islam.Jgn bataskan diri kita dgn kuliah semata2.Di pundak bahu kita terletaknya harapan dan amanah sppy kita menjaga agama.Dan apabila memiliki ilmu,sebarkanlah.

~sowie sgt2 seandainya ayat di atas sukar di fahami n lintang pukang sikit.As kurang sihat sikit masew tulis benda ni semua.Doakan as sihat yew semua.(=_=)

Wednesday 20 July 2011

Perjalanan ke situ..

Ehem..ehem...cik as kita..dah melebih2 nie.Banyak pulak dia nak post malam ni..Mentang2 free sikit terus gatal tangan ek nak menaip..


Maaflah ek sahabat2 semua..Penat jew baca coretan as ni kan..Bia lah kowang boring pun as nak kena share gak benda ni.


Perjalanan menuju ke situ<----menuju ke mana agak2nya???(^...^)


Sebenarnya ni perjalanan menuju ke gerbang rumahtangga..Ermm..msti kowang fikir apewlah budak as ucuk ni mengarut..Umur baru setahun jagung dah gedik..gedik ckp sal kawen...ecece kowang..bukan main agikan ckp gitu kat as..Bia lah kowang pom nak kawen kan?xpayah nak nyorok2 lah.sbb mmg fitrah manusia nak membina masjid n memiliki pasangan yg diredhai Allah..kan..kan..kan?

Hurm..as pom xdew lah pikir sgt sal kawen nie(yekew cik as?)hihi..Ya.ya..as pikir sbb mmg as kn pikir coz now as dah plan nak kawen..(n_n).Tapikan ritu bila ustaz ckp sal membina masjid ni as terkedu jap..terus terumbang ambing as punya hati..nak taw tak napew??

Sebab ustaz terjah kitowang dgn satu soalan..''awak semua dah pikir x camnew nak didik anak2 anda?"Kami terdiam semua.Dalam hati as d lah terdetik.."adalah gak pikir ustaz,tp biasa2 j"


Ustaz pom mulalah mengatur langkah membimbing kami yg tgah fresh-fresh ni.Al-maklum lah kami baru abes kursus kahwin kan..So ustaz pun nak tambah2 lah ilmunya..


Kebanyakan anak yg bakal dilahirkan mengikut germs lelaki..Jadi perangai anak ni akan lebih terdorong kpd sifat si bapa.Wah..ni menarikkan..bayangkanlah..kalu si bapa ni dlu dianya sowang yg sgt nakal..anak dia mesti ada sifat mcm tuh kan..mane tumpah kuah kalu x k nasi..hah,"ada awk pikir camnew awk semua nak menangani semua ni?''<--ustaz tny kami lagi..sudaaaaaah..soalan killer ni..Kami pun diam tuk sekali agi.


Ustaz pun senyum..Ustaz pun tnya lagi..aduyai..cam exam lak asyik soalan jew ni..Kenapa Allah ckp dlm Quran,perempuan jahat tuk lelaki jahat.perempuan baik tuk lelaki baik? dan kenapa perempuan yg Allah mulakan dlu dlm ayat ni??Macam2 jawapan yg kami bagi..n jawapan ustaz bgini..


Wahai anak murid kesayanganku..sungguh kita berasa remeh dgn semua ini krn kita tak pandang kpd asas n erti perkahwinan tuh sebenarnya dlm islam..Kita selalu pikir bila nak kahwin nati baru kita buat persiapan n kita pikir pasal semua ni..''Nati ada anak lah baru sy pikir camnew sy nak didik dia''..Kita xboleh macam tuh.Sedangkan keluarga yg baik n mahabbah akan terbina bergantung kpd permulaan kita membina sebuah rumahtangga..


Kalau kita mulakan pemilihan pasangan kita mengikut hawa nafsu semata2..dan majlis perkahwinan tuh ada unsur2 yg tidak baik..seperti bersanding depan org ramai..ada pergaulan bebas dan sbagainya..adakah hari2 yg akan kita meniti itu akan baik bila kita mula dgn benda yg tidak baik??


Berkenaan dengan ayat yg dimulakan dengan perempuan dlu sebelum lelaki2..agak2 kowang semua knp Allah mulakan begitu..sedangkan kita tahu lelaki itu memimpin perempuan..Ya mmg lelaki memimpin perempuan.Tapi ini berlaku apabila pasangan itu berkahwin.Pada permulaannya..perempuanlah yg akan menentukan siapakah yg akan dia terima sebagai suami..dan dia akan menyediakan kain putih tuk suami dia coretkan.Disini lah baru si suami memulakan tanggungjawabnya mencoret kain putih tuh.Andai kain putih yg isteri dia ceritakan itu kain yg bersih n cantik..pasti lukisan n lakarannya juga baik..andai kain yg disediakan merupakan kain buruk..maka coretannya juga akan buruk..Seelok mana pun lukisan itu,pasti buruk andai kain yg disediakan xsesuai.Maksud di sini,baiklah mcm anew pun si suami ni..andai isteri dia xbaik..dianya akan menjadi fitnah kpd si suami..


Dan yg terakhirnya..kita harus membuat persiapan dari sekarang tuk membina sebuah rumahtangga yg diredhai Allah..Bacalah buku2 ilmiah tentang rumahtangga dan cara mentarbiah anak2 kita..supaya bila tiba masanya..Allah akan permudahkan segalanya..Kalu kita berusaha Allah pasti memberi kejayaan kpd kita.


Masa silam n dosa kita tuh hapuskan lh dengan perbuatan baik...(n_n)



::Kenali diri::

Assalamualaikum..kenali diri dah biasa kita dengarkan..?Banyak ceramah atau kem motivasi yg kita pergi bincang sal benda2 macam nie.Tapi yg ni care ustaz huraikan dlm kelas hari tuh buat as asew sgt teruja..Tersentuh sgt hati ni bila dengar bait2 nasihat dr mulut ustaz..ya Allah asew jauh sgt dr apew yg diperkatakan..


Nabi pernah cakap dlm khutbahnya yg terakhir iaitu baginda meninggalkan kita 2 benda sbgai petunjuk iaitu Al-quran dan hadis.Dan selalu org cakap Al-quran tuh Kalam Allah tuk hambanya..Kita mesti dengar sambil lewa jew kan..Asew macam..alah..aku dah ikot panduannya..kena solat..puasa..tuh jew yg kita amek..Kita xpikir pom yg lebih2 kan..Apa yg lebih2 yg as maksudkan disini...??


Banyak di sebut di dalam Quran yg manusia ni diciptakan sbgai manusia yg lemah.Apabila diduga dia akan keluh kesah.Manusia ni ada sifat hasad dengki..Selalu terlupa..macam2 agi disebut dlm Quran.Ya...terima lah hakikat itulah kita..sgt lemah n daif di sisi Allah..Sedar tak kita??Kita selalu bangga yg diri kita sgt bagus..memperlekehkan org lain..sedangkan hakikatnya dan secara fitrahnya..anda sgt teruk!Apa yg kita nak banggakan sebenarnya..


Tapi Allah wat semua ni ada hikmahnya..Allah nak kita selalu berhajat kpdnya.Bila manusia ni iman dia bertambah dan berkurang..secara automatiknya dia akan cr Allah.Bila dia sedar..dia akan berdoa n mengadu kpd Allah..


Subhanallah..begitu halus dan lembut sekali Allah mendidik kita.Kita je yg xsedar..Masih hanyut dgn dunia yg bersifat sementara ni.Sedangkan Allah tuh dah terlalu baik dengan kita.Walau kita jahat macam manew pom Allah tetap bg rezeki kat kita.

SIAPA KITA NAK MENANDINGI ALLAH????~fikirkanlah wahai manusia

p/S:Post di atas ditulis begitu tuk memarahi diri as sendri sebenanya..sorry if terkasar bahasa..

Sunday 17 July 2011

Jujur Jangan sampai Melukai

Assalamualaikum semua...


Hah..sapew puasa nisfu sya'ban?angkat tangan..angkat tangan..waaaaaaaah,ramainya kawan as yg puasa rini.Bagusnya kowang.Tahniah2..semoga amalan kita diterima yew..Act rini as penat sgt n sgt stres..smp xdapat lelapkan mata.So,as asew lah nak berkongsi cerita dengan sahabat semua...

Tajuk perbualan kita malam ni ialah jujur..(skema lah pulak as ni)

Jujur tuh semua tahu kan meaning dia...hah,klu semua tahu senang lah as nak teruskan storynya. Seperti yg kita ketahui..jujur sgt lah perlu dlm kehidupan seharian.Kalu as sendri pom..as nak sgt ade kawan yg sentiasa jujur dengan kita..Bila kita dew wat salah..dia tegur kita.Dia xtipu kita..As suka sgt2 kawan macam ni.Kalu ada kawan macam ni mesti frienfship kita tuh bertahan lama2..smp ku syurga harapnya..amin


Tapi adew masalah gak dengan org jujur nie..hurm...sesetengah org yg jujur ni dia terlupa sesuatu..cuba teka apa yg dia lupa??Jawapanya--->Dia lupa cara nak jujur.


Penah dengar tak cara nak jujur..act,as pom xpenah dengar.As suka suki jew ni reka mengikut pemerhatianlah.Setelah dikaji-kaji dan as mengalaminya..As ase perlu dibincangkan benda camni.(Dah2 cik as..ckup membebel)


Ok lah kawan2..secara ringkasnya..Dalam berbicara dengan penuh kejujuran anda perlu menggaulkan kejujuran itu bersama cara berkomunikasi.Hah,senang jew caranya...Apabila kita ingin smpkan sesuatu tuh gunalah nada yg sopan dengan bahasa yg xmenyakitkan hatinya.Kalu nak tegur sesuatu yg mengaibkan dia..cakaplah face to face.Jangan main sound jew depan org ramai..Xelok buat gitu..Kita pun belajarkan cara mentarbiah org...Gunakan kelembutan seperti Rasulullah..ni maen terjah jew nak ckp pape.Mungkin betol pew kita cakap tuh..Tapi cara kita tuh perlu dibaikpulih sikit..Kan berdosa menyakiti hati sahabat kita.


Hah..satu lagi.Kalu kita dah xmampu nak teruskan bersahabat dgn seseorang..Mungkin korang d reason tersendri..tapi tolak dan menjauhlah dr dia baik-baik.Janganlah mase mula-mula kenal bukan main agi cakap..awk baiklah..sy syg awk..sy nak kawan dgn awk smp bila2lah..Bila dah xserasi terus menghilang dan halau dia jauh2 camtu jew.Kesian kat dia taw..mungkin dia terima dan xcakap pape..tapi dlm hati dia siapa tahu.Mungkin dia nanges jew..dia mungkin betul2 suka berkawan dengan kita cuma dia perlu masa tuk berubah jadi baik...Ingat tuh taw..

Ok lah..as asew mmg as wajib stop mbebel skg sebab dah sgt melalut..Pesanan di atas tuk dri as dan kawan2 yg dicintai..xmow masam2 muka sbb kesilapan yg kecil nie..Selamat beramal..syg semua..

Saturday 16 July 2011

*Adam Hawa* berbeza tapi saling melengkapi

Bila as bace Quran..as selalu jumpa ayat-ayat yg berkaitan antara lelaki dan perempuan.Diceritakan dalam al-Quran tentang cara penciptaan adam dan hawa,dan di sebut jugak lelaki dan perempuan ini akan saling melengkapi satu sama lain bila kawen nati.


As pun tertanya-tanya lah,kenapa yew Hawa dijadikan Allah saat Adam a.s sedang tidur?As cari punya carilah jawapannya..HAri ni as dapat jawapannya..
Dah lame pikir tapi baru jumpa jawapannya
(Tuh lah cik as bukan nak cari tol2)

Ok kat bawah ni as akan bagi tahu jawapannya..As copy j daripada penulis asal..sebab asew bersalah lak nak olah2 ayat org..tapi bila di teliti balik,mmg betol pun..Sape yang penah merasainya akan paham.
Lets take a learn...

Jawapannya seorang lelaki apabila kesakitan, maka dia akan membenci, manakala wanita sebaliknya.
Bagi wanita, saat dia kesakitan, maka semakin bertambah sayang dan cintanya. Seandainya Hawa diciptakan dari Adam As saat Adam terjaga, pastilah Adam akan merasakan sakit keluarnya Hawa dari tulang sulbinya, hingga dia membenci Hawa. Akan tetapi Hawa diciptakan dari Adam pada saat dia tertidur, agar Adam tidak merasakan kesakitan dan tidak membenci Hawa. Sementara seorang wanita akan melahirkan anak  dalam keadaan terjaga, melihat kematian dihadapannya, namun semakin sayang dan cintanya kepada anak yang dilahirkan bahkan ia akan menebusnya dengan kehidupannya.
Sesungguhnya Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk yang bengkok yang tugasnya adalah melindungi qalbu (hati nurani). Oleh karena itu, tugas Hawa adalah menjaga qalbu. Kemudian Allah menjadikannya bengkok untuk melindungi qalbu dari sisi yang kedua. Sementara Adam diciptakan dari tanah, dia akan menjadi petani, tukang batu, tukang besi, dan tukang kayu. Wanita selalu berinteraksi dengan perasaaan, dengan hati, dan wanita akan menjadi seorang ibu yang penuh kasih sayang, seorang saudari yang penyayang, seorang putri yang manja, dan seorang istri yang penurut.
Dan wajib bagi Adam untuk tidak berusaha meluruskan tulang yang bengkok tersebut, seperti yang dikabarkan oleh Nabi Muhammad SAW, "jika seorang lelaki meluruskan yang bengkok tersebut dengan serta merta, maka dia akan mematahkannya." Maksudnya adalah dengan kebengkokan tersebut adalah perasaan yang ada pada diri seorang wanita yang mengalahkan perasaan seorang lelaki.
Maka wahai Adam janganlah merendahkan perasaan Hawa, dia memang diciptakan seperti itu. Apabila seseorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitikkan airmata, itu berarti dia sedang menangis di dalam hatinya. Apabila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu meminta maaf.
Dan wanita sukar untuk mencari sesuatu yang dia benci untuk orang yang paling dia sayang.

Sebuah Pertemuan terjalinnya ukhwah..

--->" Tidaklah seorang hamba mukmin berdoa unk saudaranya dari kejauhan, melainkan malaikat berkata 'Dan bagimu seperti itu' " (HR Muslim)


--->"Apabila seseorang mencintai saudaranya, maka hendaklah ia mengatakan rasa cintanya kepadanya" (HR Abu Dawud dan At Tirmidzi)


--->"Barang siapa melepaskan salah satu kesusahan dunia dr seorang mukmin, maka Allah akan melepaskan salah satu kesusahan hari kiamat darinya. Barang siapa memudahkan org yg dilanda kesulitan, maka Allah akan memudahkannya didunia dan akhirat" (HR Muslim)


Assalamualaikum wbt..


Selamat petang sahabat2 as yg di cintai.Apew khabar semua arini?wah..wah..mesti my darling2 semua sihat n makin montel kan..bahagialah kata kan..mesti makin encem n cantik kan semua..suke..suke..xsabar nak peluk cium kowang semua...(yg pompuan jew lah)


Hari nie entah angau rindu apew tah yg datang terjah-terjah as punya hati nie..~erm..cakap sal rindu nie mula lah gedik-gedik as pasang semua lagu raya n lagu2 persahabatan..rindu sgt kat kawan2 as..tak kira lah kawan2 masew sekolah dlu k.masa tadika k...sepupu as yg sentiasa menjadi teman terbaek k..sapew2 j lah yg as penah kenal.mmg sgt teringat kat kowang..


daaaaaaaaaaaaaaaaan..yg paling sedih.Kawan2 yg menjauh atau terjauh tanpa niat..Mungkin sebab mase kecik kita penah tergaduh.Atau sebab cita-cita memisahkan kita..Sedih sgt.Andai dpt di ulang masa lalu mesti as nk mintak maaf dgn kowang..xmow gaduh-gaduh..xbest.Nak bersama2 kowang sentiasa..bersama2 masuk syurga. Amin..


Alamak,as dah lari tOpik lorh..act as nak bebel sikit sal tips-tips menjaga ukhwah..tadi terbuat luahan hati lak.
(-^_^-)okep..okep..jom3..kita bincang sal ukhwah nie..hurm camnew ek nak jage ukhwah??


1- Says that u love ur friend
Kita ni kalu syg org mesti nak org tuh tahu kan..kan? So..khabarkan lah pada sahabat kita yang kita syg dowang..Sayang dowang sebab Allah..sbb xsempurna imam mukmin itu selagi mana dia xmengasihi saudaranya.Kita syg dowang bukan sajew2..tp krn mencari redha Allah.


2-Saling mendoakan
Bab doa ni penting.Allahkan penah berfirman,berdoalah kamu nescaya Aku akan memakbulkannya.Jadi apa salahnya di setiap doa kita tuh..kita selitkan permintaan supaya sahabat2 kita ni diampunkan dosanya dan sentiasa dirahmati Allah.


Ada satu lagu ni lirik berbunyi begini..''Kenang daku dalam doamu''..hah,meaningnya walau xberjumpa..walau kita terpisah..atau kawan kita tuh dah kembali ke rahmatullah(Al-Fatihah) kita boleh doakan kesejahteraan mereka..Itulah hadiah yg terbaik tuk mereka..


3-Melepaskan kesusahan sahabatnya
Yang ni kita kena highlight gak...fokus-fokus..Nak taw napew as nak suh fokus sgt bab ni.?sebabnya ramai sgt masyarakat yg as jumpa,berkawan bagai nak rak lah..bukan maen kamceng agi..tp bila kawan dah susah..ada masalah..dia lah yg paling FIRST sekali hilang..im right?


As paling geram lah kalu org macam ni..tolong lah sgt wahai org islam sekalian.Tak baik buat macam tuh kat kawan kita.Dia bukan mintak pape pun dari kita..Dia just nak kita bersama dia..support dia..tuh jew..yang kita mengelabah sgt lari laju and jauh2 tuh napew?(cik as dah mula emo...cool pleaz duhai hati)


4- Memenuhi hak sesama muslim
Yang ini dibagi menjadi 2, hak umum dan hak khusus.
Hak umum:
Dikenal melalui hadist yg bersumber dr Abu Hurairah, Rasulullah berkata:
"Hak muslim atas muslim lainnya ada 6: menjawab salam, menghadiri undangan, memberi nasehat, mendoakannya bila bersin, menjenguknya bila sakit, dan mengantarkan jenazahnya" (HR Muslim)


Hak khusus:
- berinteraksi dlm segala hal
Mestinya, saudara sesama muslim kita jadikan teman dlm meniti kehidupan beragama kita. Teman dalam suka dan duka, ada rasa saling memiliki dan memahami. Bahkan berusaha unk mementingkan urusan saudaranya dr urusannya sendiri sbg wujud perngorbanan tulus utk membahagiakan saudaranya.



5-Memelihara aibnya
Apa maksud ayat di atas??huhu..Maksunya darling2ku semua ialah...Jangan nak ngada-ngada n gatal mulut nak bukak rahsia kawan2 kita.Jangan nak cerita keburukan kawan kita kat org laen..biasanya ayatnya mcm ni..."eh..eh..nak tahu tak.si fulan tuh kan hari tuh kan....dia buang sampah merata2 taw..pastu..bla..bla..bla.."


ishk..ishk..xsodap betoi dengor benda2 gitu..xbest sgt..xelok kita wat gitu kat kawan2 kita..Sian dia..malu dia taw.Kan Nabi penah pesan.Siapa yg membuka aib saudaranya Allah bukak 10x ganda aib dia..hah,nak ke camtu? Tak takot kew bila Allah dah bg ancaman cam tuh..?hah..kalu takot..jgn buat gitu dah taw..tinggal jauh2 perangai gitu.


Erm...as asew dah ckup kot 5 tips tuh..Takot penat lak kowang nak baca panjang2.As ni kalu dah bebel xingat dunia..haha..ok lah,beribu kemaafan as pohon andai terkasar bahasa..ayat terlebih slumber..cOz petang2 yg suram ni dengan semangat kuning..membuatkan as punya ayat tuh lintang pukang..huhu..have a nice saturday ek darling semua..InsyaAllah selagi hayat di kandung badan as akan mengingati kowang semua..n andai as pergi dlu..tolong doakan as yew..Al-fatihah pom dah ckup..tima kasih semua..








                                                                                Mood-bowing sangat
                                                                                           (n_n)
                                                                                  Qoh Qoh mc Qoh

Friday 15 July 2011

wacana ilmu

By Al-Fadhil Tuan Ibrahim Tuan Man

Alhamdulillah jam 7.50pm tadi as diberi kesempatan jOin wacana ilmu di Masjid Al-azhar KUIS.wah...teruja lah jugak kn..as taw ceramah ni dr kak shidah tersayang yg diwar-warkan di FB aritu..dia ajak geng2 purple turun padang lah nk memakmurkan masjid mlm nie.k lah..k lah..as xnak panjang2 bebel..as nak kongsi serba sedikit apew yg as dapat dr ceramah tuh dgn sahabat2 yg xdapat join td..maaf lah klu xsedetails yg disampaikan..cOz as punya ingatan xhebat sgt..ni pom berpandukan note yg as wat...ok..lets go...

Perkara pertama yg perlu kita ingat ialah...manusia ni semulia2 makhluk yg dianugerahkan oleh Allah s.w.t akal yg waras...akal ni membezakan kita dr makhluk2 yg lain...special kan kita kawan2..?Apabila kita ni ada akal..maka perlulah kita gunakan akal kita ni tuk berfikir.fikir mane yg baik..mana yg buruk..akal ni lah membantu kita bertindak dgn rasional bukan dengan emosi..


Namun begitu,sahabat yg dirahmati Allah sekalian..akal ni xdapat fikir atau mengetahui perkara2 yang xde depan mata dia..apakah perkara2 yg di maksudkan itu?Tentulah tentang alam ghaib spt yg kita belajar masa sekolah dlu..kan kan kan?Kalau kita tak diberitahu tentang syurga tentang neraka...dosa..pahala...mesti kita xtahu kan?Sebab itu lah Allah mengutuskan Nabi atau Rasul kpd kita..dengan wahyu yg dibawa oleh nabi dan rasul ni lah kita dapat tahu semua tuh..Sesungguhnya wahyu itu memandu manusia..

Perkara kedua ialah kita perlu mencari ilmu..Seperti yang kita tahu wahyu pertama yg diturunkan ialah iqra(bacalah).Kenapa Allah turunkan wahyu itu,sedangkan Allah tahu nabi Muhamad tuh bersifat ammi(xtahu membaca)...?Maksud baca disini ialah melihat sesuatu dan mentafsirkan maksudnya..contohnya kita tengok langit mendung..kita tahu jap lagi mungkin hujan..camnew kita?Bukan adew tulis kat langit tuh..'Ani angkat kain di jemuran.hujan nak turoooon'..Kita tengok muka kawan kita masam.monyok..kita mesti leh agak yg dia sedih..tuh bermakna kita mempelajari sesuatu benda ghaib..benda diluar jangkauan akal..benda yg tersirat.bukan tersurat..Dan kita juga haruslah membaca n memaksa dri kita tuk membaca sebanyak mane yg boleh buku2 ilmiah..buku2 sains..buku2 sejarah islam tuk menyedarkan kita akan kebesaran Allah s.w.t..

Perkara ketiga ialah ilmu penyuluh hidup.Ilmu ni merupakan cahaya..Sifat cahaya ialah menyuluh atau menerangi..Ilmu xboleh duduk dalam hati yang kotor..yang kelam..yang suram.Ilmu hanya boleh duduk dalam hati yg penuh dengan iman.Macam manew nak tahu hati kita ni boleh didiami oleh ilmu?hurm..macam manew ek kawan2?Ustaz tuh cakap..hati yg ada iman ialah hati yg sentiasa mengingati Allah.Hati yg sentiasa disucikan dengan zikir dan ibadah2 yg penuh kekusyukan n dengan niat mencari keredaan Allah.


Imam Waqiq telah ditanya oleh Imam Syafie suatu ketika dulu.Wahai guruku,aku sangat susah mengingati ilmu2 yg ku pelajari.Apakah yg harus aku lakukan?Bantulah aku..Agak kawan2 lah kan..apew yg Imam Waqiq jawab kat Imam Syafie?Kalau zaman sekarang,kalu kita tanya soalan begitu mesti jawapannya ialah pergi tusyen lah..xpom suh minum jus IQ lah..macam2 kan tips yg org bg..memang btOl semua tuh merupakan usaha kita tp kita selalu lupa 1 benda yg perlu kita buat...jawapan ni lah yg diberikan Imam Waqiq..jawapannya berbunyi begini...---->Wahai anak muridku yg dikasihi..tinggallah akan dikau maksiat.Sesungguhnya Nur(ilmu) xkan mendiami hati yg dipenuhi maksiat.


Nauzubillah..antara sebab kita belajar tp ilmu tuh xdiamalkan n abes exam jew ilmu tuh pom hilang bersama helaian2 kertas jawapan sebab kita hanya dpt ilmu tuh tuk jawab exam..Ya Rabbu,sucikan lah hati kami..Mesti rasa rugikan kawan2..xbest sgt..Kita penat lelah gi kelas..turun naik tangga..bersengkang mata tuk baca buku..tapi last2 ilmu tuh melayang gitu jew..ya Allah..ni org kata..Ilmu fi sudur wala fil kutub.ishk3..

Perkara keempat ialah fitnah...wah,benda besar ni..agi2 dunia zaman sekarang..dunia yg penuh dengan fitnah..Fitnah,sifatnya ialah tidur.Tapi apabila manusia mengejutkannya..maka fitnah tuk akan aktif.Dan siapa yg pertama  mengejutkan fitnah ia akan diLAKNAT oleh Allah..Nauzubillah.


Maksud disini..fitnah tuh mmg ada..tapi fitnah xkan merebak..xkan ada kalu kita xmulakan fitnah tuh..Kita xtokok tambah cerita..Dan sape yang mulakan fitnah ni Allah akan melaknat dia.Bayangkan lah klu Allah dah laknat kita..takotnya..Mintak dijauhkanlah benda2 gitu..Tuh dalam Islam selalu dipesan baik kita diam dr cakap benda2 yg tidak berfaedah.Islam tuh cantik.Dinasihat kita dengan benda2 begini sbb Allah nak jaga kita dr terjebak dalam org2 yg memulakan fitnah..;) 


Kita juga diingat supaya menjaga diri kita dari menimbulkan fitnah..Kita kena fikir banyak benda bila kita nak buat sesuatu..mungkin dalam hati kita xberniat pape.Tapi kita kena fikir pandangan masyarakat kat kita..Contohnya,bila kita berdua2an dengan bos kita yg bukan muhrim dlm satu bilik..memang lah kita buat kerja atau mesyuarat..tapi apa pandangan masyarakat masew tu?mesti dowang fikir bukan2..betolkan?So,kali xnak kena fitnah..Kita kena pelihara diri kita.('',)

Penutupnya...:::::

1-Jangan berkawan dengan pengampu.Ini kerana pengampu dapat menaikkan kita di dunia tetapi tidak mampu membantu kita di akhirat kelak..Memuji xsalah dalam Islam tp jangan lah sampai semua kebaikan yg diberitahu tp keburukan sahabatnya tidak ditegur.


2-Jika mempunya ilmu,berazamlah untuk menyampaikannya.Air yg didalam gelas tidak akan bertukar jika tidak dbuang terlebih dahulu isi yang ada.Begitu juga Ilmu.Tidak akan bertambah ilmu kita jika kita xkan keluarkannya kpd org lain.


3-Bersama susah adanya senang.Allah s.w.t Maha Pengasih Maha Lembut..Dia tidak akan membiarkan hambanya hidup susah..Lagi2 jika kita ni sentiasa beriman dan mengingatinya..Dia akan menunjukkan jalan keluar bila kita hadapi masalah..Tuh kita kena mintak pertolongan drNya..


4-Wajib kita mohon sesuatu dari Allah..iaitu mohonlah ya Allah,tunjukkan lah aku jalan yang lurus.Lurus dalam mencari redhaMu.Mintak Allah beri hidayah kpd kita.Bia Allah pimpim langkah kita dlm mengharungi segala onak duri tuk meuju akhirat..


Sekian..terima kasih..huhu.Segala yang kurang itu dari dri yang lemah ini..Dan segala yg baik itu dari Allah.Semoga apew yg as dpat n as kongsi dgn sahabat semua memberi seribu manfaat tuk kita.Semoga hari ni lebih baik dari semalam.Semoga imam kita sentiasa bertambah n ingat Allah walau di mana saje kita berada.Semoga kita semua ditempatkan bersama para syuhada' dan kekasih Allah di akhirat kelak.amin..

(^_^)--->Mari berdoa and bertahajud malam nie..

Wednesday 13 July 2011

Ketika itu....

✿ Ketika kerjamu tak dihargai, saat itu kau sedang belajar KETULUSAN
✿ Ketika usahamu dinilai tak penting, saat itu kau sedang belajar KEIKHLASAN
✿ Ketika hatimu terluka sangat dalam, saat itu kau sedang belajar MEMAAFKAN
✿ Ketika kau merasa sepi & sendiri, saat itu kau sedang belajar KETANGGUHAN


•♥• BELAJARLAH DAN TERUS BELAJAR •♥•


hurm..tadi sajew intai2 kat wall fb kawan2 as..tjumpa lah status ini..sweet j bilew baca..asa terubat luka di hati ni.


yewlah.kita semua xsunyi dari masalah kan...macam2 masalah yg kita hadapi dlm hidup nie..terkadang saat kita kat atas tuh Allah uji kita smp kita jatuh tersungkur..lemah xbermaya..tunggu orang angkat n hulurkan tangan kat kita..tp xdew sapew yg pedulikan kita..asew sesak nafas masew tuh kan..asew cam dunia ni kelam jew...penah x kita fikir siapakah yg mampu mengubat lara di hati nie??


Jawapannya ialah Allah s.w.t..Allah Maha mendengar dan Maha mengasihani..Dia yg ciptakan kita..Dia lebih mengenali diri kita berbanding sapew2 pom..Kita sebagai hamba perlulah sentiasa mengingati Allah dan bersyukur dgn segala rezeki yg dia bagi kat kita nie.


As nak kongsi tips la dengan kengkawan semuakan...as kalu adew masalah kan...susah mcm manew pom nak hadapi...as akan paksa dri ni bangun n solat sunat(qiamullail)..Saat semua org tido tuh,kita duk lah atas tikar sejadah tuh..doa byk2 kat Allah..Sujud lame2 dah luahkan segalanya kat Allah...bayangkan kehadiran Allah di sisi kita...yakin 1benda..yg Allah sentiasa mendengar...Mintak Allah permudahkan segala urusan kita..berzikir banyak2..xperlu tggu masew free baru nak zikir..kita duk watpew pom,ajar diri kita bia berzikir jew dlm hati ni...1 lagi,bacalah Quran banyak2..surah yg mnenangkan hati ni banyak..yg biasa as amal surah an-nur n ar-rahman..hayati maksudnya...Kita kena ingat,Allah xkan uji sesuatu yg kita xmampu nak hadapinya..Allah uji tuh sbb nak kita ingat kat Dia..mungkin saat kita bahagia n senang kita lupa Allah..tuh Allah uji kita...Bia kita xjauh dari Dia...


Selepas kita buat semua ni...insyaAllah,semuanya akan kembali ok.Bile kita serahkan urusan kita kat Allah,semua akan mudah.Allah lebih taw new yg terbaik tuk kita..Rasakanlah betapa manisnya hidup masew tuh..ya Allah apiey sgt bilew kita selesaikan sesuatu masalah dgn cara islam n teman yg mendengar masalah kita tuh ialah Allah...Subhanallah..kekasih kita yg paling hakiki tentunya Allah kan??..


Semoga lepas ni,segala kesulitan yg menimpa hidup.kita cari Allah..hadapkan wajah kpdNya dan mohonlah..nescaya ia akan mengkabulkan permintaan kita.. <3 Allah

Tahap manakah iman kita?

Assalamualaikum semua..wah,sgt lame lah budak as ni xberbloging kan..


As busy sgt...byk kerja nak kena siapkan.Ni pom leh tulis blog sbb kepala tgah pening sgt xtaw nk wat keje manew..so,melalut lah jap..


Hari tuh masa dlm kelas tafsir.ustaz tanya kitowang sal solat..kitowang cam pelik lah...napew ustaz ni kan..dia tnya rukun solat..bacaan dlm solat...kami jawab lah seperti biasa..ustaz tersenyum...ustaz pom tanya kami lagi, wahai anak2 murid kesayanganku...bila kalian belajar semua ni..?kami jawab lah masew tadika n sekolah rendah ustaz...


Ustaz pom senyum lebar dgn penuh kasih syg..ustaz memulakan kalamnya...sekarang umur awk semua dah 21..dah hampir 9tahun awak semua tinggalkan alam sekolah rendah..tapi solat awak semua masih di tahap yg sama...kan adew bacaan2 dlm solat yg kita boleh tambah2..kenapa awak semua xtambah..lebih baik kita upgrad solat kita...kita kan lebih kusyuk..ibadah kita pom perlu di plus..plus kan byk2 lagi..baru lah iman kita bertambah..Biar semakin hari kita semakin bagus...iman kita bia semakin meningkat..barulah adew hebat..


Bia Allah selalu pandang kita..bila kita ingat Allah dan sentiasa berusaha menjadi hambanya yg soleh/solehah..tentunya Allah syg kita kan...so mulai hari ni..jom kita sama2 berubah n upgrade kita punya diri...jom..jom...kita baca buku ilmiah banyak2..n kita jadi lebih baik.:)