skip to main |
skip to sidebar
Assalamualaikum wbt. Saat as tgok terteranya perkataan Islam kat Ic, alhamdulillah.Rasa syukur yang tak terhingga.Terkadang kita lupa betapa besarnya ni'mat Islam tuh. Bila kita asalnya Islam,jadi nilai Islam tuh hanyut bersama masa. Kita mengambil cara hidup barat yang sedang rakus menular dlm kehidupan seharian kita. Kita memilih kehidupan yang bebas..Secara kasarnya kita selesa berMAKSIAT...
Bila orang tanya, kita bangga cakap kita Islam tapi pakaian kita sama je dengan kafir laknatullah. Kita berpakaian tapi telanjang. Kita bergaul bebas dengan orang yang bukan muhrim. Bila orang ceritakan tentang kiamat kita rasa sedih,bukan kerana fikirkan dosa tetapi sayangnya kita pada duniawi. Kita hanyut dan terus hanyut. Menghabiskan masa dengan perkara yang sia2..sehingga kita rasa dosa itu seperti lembut kapas yg menyelimuti diri. Kita selesa membelakangi hukum2 Allah..Apakah kita lupa Allah itu Maha MElihat..tak malu ke kita?
Kita boleh tengok kat masjid,kelas- kelas ilmu,usrah dan sebagainya..terlalu sedikit yang menghadirkan diri.Bulan ramadhan pum masjid masih sunyi spt biasa. Seperti rumah Allah tuh tiada nilainya di mata mereka. Kita sedar tak yang kita sebenarnya tergolong dlm golongan yg kufur ni'mat.Allah sentiasa memberikan kita ni'mat..tapi kita tak penah bersyukur.Kita guna ni'mat Allah sperti ianya semua milik kita..Tak ada apa milik kita di dunia ni..Semuanya sekadar pinjaman daripada Allah.
As teringat satu lagu yang begitu dalam maksudnya...
Kita mengaku adanya Tuhan,Namun larangan tetap dilakukan.
Ada malaikat kiri dan kanan,tidak di endah akan kehadiran.
Percaya rasul dan para nabi,sunnah mereka tidak dituruti
Quran di baca tiada penghayatan, inti patinya tak di amalkan..
Ramai di kalangan kita seperti lagu di atas..kadang- kadang ada di kalangan mereka yang dah tak belek al-Quran. Apatah lagi nak bacanya.ya Allah, sedih sekali bila ramai anak muda yg macam ni.. Yang menyedihkan lagi,mereka mengejek2 kawan yang nak jadi baik. Kawan2 baca Quran dowang dengan bahagianya bertepek melolong. Kawan2 duk solat pom kita bising..Ni lah hakikat kehidupan remaja2 kampus sekarang.
Kita mengaku yang kita menyintai Allah dan RasulNya. Tapi....Pernahkah terlintas di fikiran kita, sedalam mana cinta kita kepada Allah,Sang Pencipta? Ikhlaskah kita mencintai-Nya? Sama-sama kita renung jauh ke lubuk hati. Benarkah kita mencintai-Nya?
Semoga kita semua dapat merubah diri kita lepas ni. Janganlah biarkan diri kita hanyut dan dibelenggu dosa.
Ciri-ciri muslim ialah dia sentiasa rindukan kehidupan akhirat yang kekal dan membenci kehidupan dunia yang bersifat sementara semata-mata.
Semoga Allah pelihara hati kita di jalan Islam..amin ya RAbb
" AKU terkaya segala sekutu daripada sekutu. Barang siapa mengerjakan sesuatu amal yg ia sekutukan besertaKU padanya akan yg lain daripadaKU, AKU tinggalkan ia berserta sekutunya itu" hadith qudsi (muslim)
Ya ALLAH buangkanlah sifat Al-Wahan yg masih membengkak dlm jiwa ini..dlm amal2ku masih byk sekutu dunia yg bersamaku..jadikan aku seorang muslim yg benar2 tunduk dan patuh secara total kepadaMu ya Rabb..aku mohon..aku merayu..amin..