Friday, 22 July 2011

FORUM PERDANA::Peranan Mahasiswa dlm Berdakwah






*Kenapa kita berdakwah?


Makna etimologis Dakwah dapat dilihat dari kata dakwah dalam Al-Quran yang memiliki banyak arti, antra lain :


  • Menyampaikan dan menjelaskan (lihat QS Fushilat:24, Yusuf : 108 dll)
  • Berdo’a dan berharap (lihat QS Al-A’raf : 55)
  • Mengajak dan mengundang (lihat QS Yusuf : 33)


Para ulama dan pemikir muslim memberi makna dakwah secara terminologis dengan definisi yang variatif seperti :

Ibnu Taimiyah : "Dakwah ke jalan Allah adalah dakwah untuk beriman kepada Allah dan kepada apa yang dibawa nabi Muhammad SAW, yang mencakup keyakinan kepada rukun iman dan rukun Islam (Lihat Al Fatawa al-Kubro 15/158, cet 1, Mathobi’al-Riyadh)


Maka dengan memahani definisi dakwah di sini sendiri dengan jelasnya kita tahu kenapa kita perlu berdakwah.

*Cara mula berdakwah
Dakwah  bermula dari diri kita sendiri.Apabila kali pertama kita melafazkan syahadah dr situ kita perlu n seharusnya memulakan dakwah ke atas diri kita mengikut segala perintah Allah dan meninggalkan laranganNya.

Contoh di sini: Solat 5 waktu. Di sini kita secara jelasnya perlu mentarbiyah diri kita untuk solat mengikut masa yg ditetapkan oleh Allah s.w.t kerana Allah menetapkan waktu solat untuk mentarbiyah kita.

Seperti yg kita tahu,Srikandi islam iaitu Sumayyah r.a,beliau antara golongan awal yg memeluk islam.Beliau tidak sempat berhijrah bahkan tidak sempat berpuasa.Tapi hanya dengan melafazkan syahadah sekaligus teguh imannya sehingga menjadi syuhada'.

Pada awal penyebaran Islam juga Nabi hanya menyuruh org Islam pergi kerumah2 dan mengajar mereka bersyahadah shj..Itulah permulaan dakwah..

*Peranan Mahasiswa
GELARAN:
sek ren:Murid
sek men:Pelajar
Universiti:MAHAsiswa

Kenapa kita digelar MAHAsiswa apabila berada di peringkat kampus? Ini kerana MAHA merupakan satu pengiktirafan masyarakat kpd kelompok kampus.Sebenarnya apabila kita digelar MAHAsiswa,batang tubuh kita  di amanah untuk menyebarkan ilmu yg kita pelajari.

Sebagai MAHAsiswa kita seharusnya menjadikan Ali r.a sebagai idola dlm memartabatkan Islam.Ali seorang remaja yg tidak pernah gentar dlm mendokong perjuagan Nabi s.a.w.Ini kerana di dlm hatinya yakin dan pasti dengan janji Allah .Susuk tubuh ini sentiasa sedar bahawa menjadi  tugas remaja untuk menyebarkan dakwah krn remaja merupakan tunggak negara.Adakah kesedaran kita spt ALi??

Seharusnya di dalam jiwa MAHAsiswa perlu ada::
1-Rasa tanggungjawab untuk keluar berjuang.
2-Memberi kerisauan kpd remaja yg bersifat lengat(tiada perasaan risau tntg keadaan agama yg runcing)
3-Mengharapkan perubahan pd kawan2.
4-Sentiasa berusaha utk menambahkan iman dan ilmu.
5-Mementingkan Islam berbanding hawa nafsu.

*Dakwah tarbiyah
 Sesungguhnya manusia adalah maksiat.Maksiat di sini bermaksud manusia sgt senang terjerumus ke dlm lembah maksiat apabila tidak teguhnya iman.Di dalam Quran ada menyebut manusia sentiasa di dlm kerugian.Syaitan sentiasa membisik ke dlm hati mereka.Hati mereka sentiasa berbolak balik.

Maka di sini jelas yg tarbiyah merupakan kewajipan kpd kita.

Namun begitu,pada zaman ini ramai mahasiswa yg tidak sedar akan pentingnya tarbiyah dan dakwah.
Contohnya:sedekah~senyuman dan salam.Benda sesenang ini pun sukar utk di amalkan.Dan kita dpt lihat sendiri zaman kejatuhan islam dlu krn dgn mudahnya remaja menjual agama mereka.

Apa yang dapat membuat hati kita kuat:
1-Usrah menguatkan ukhwah.
2-Baca Al-Quran dan fahami maknanya dpt menambahkan iman.
3-Mengikut sunah dpt mengasuh diri istiqamah.
4-Kuatkan akidah dan ibadah.

Tarbiyah kehidupan kita dengan sentiasa berada dlm saf2 org soleh.Tidak putus dr di bimbing oleh da'i dan murabi yg dapat bimbing jiwa kita.

Tarbiyah membuka lorong2 taubat,lorong2 bahagia,lorong2 menuju keredaan Allah dan memudahkan langkah kita dlm mencari kasih syg Allah.

p/s:Joinlah pertubuhan2 islam.Jgn bataskan diri kita dgn kuliah semata2.Di pundak bahu kita terletaknya harapan dan amanah sppy kita menjaga agama.Dan apabila memiliki ilmu,sebarkanlah.

~sowie sgt2 seandainya ayat di atas sukar di fahami n lintang pukang sikit.As kurang sihat sikit masew tulis benda ni semua.Doakan as sihat yew semua.(=_=)

No comments:

Post a Comment