Tuesday 3 April 2012

TanpaMu Kasih ku tak berdaya

Memang itu lumrahnya hidup..takkan bisa senang lenang saja..
Takkan di sulam damai sepanjang masa bila namanya seorang mukmin..
Akan ditikam dirodak sang hati..di uji saban hari..hingga hilang kudrat diri..
Jatuh tersungkur..mencium bumi..Sedarlah diri...Datangnya kamu dari tanah ini..
Kamu hanya hamba..yang tidak miliki apa-apa..Di batang tubuh kamu semuanya dipinjam saja...

Dimasa lapang..hanya tahu bergelak ketawa...
Terasa seperti masa mampu menunggu kita...Sebenarnya itu hanya ilusi semata..
Larangan baba ummi di lontar sejauhnya..rasa seperti mereka hanya nak mengongkong saja..
Bila masa kian suntuk, umur kian meningkat..bila nyawa di hujung tanduk...
Baru terkial-kial mencari motivater..baru sedar yang selama ini kamu alpa..

Tapi...
Allah itu sentiasa anda..Tak pernah hilang kemana- mana..
Kerana Dia akan sentiasa melihat kita..Tak pernah Dia membenci hambaNya..
Menguji kerana ingin mentarbiah kita..andai kita sedar..jalan keluar masih ada..
Kerana pintu taubatnya sentiasa terbuka..selagi ajal tidak menjemput...selagi mata masih terbuka..

Pulanglah ke jalan yang lurus..bertaubatlah saban waktu..mohonlah hidayah dariNya..
Kerana tanpaNya kita bukan siapa- siapa...


1 comment: