Monday, 10 October 2011

Matangkah kita?

... Assalamualaikum wbt...


Kehidupan kita yg semakin di hiasi kemewahan dunia melupakan kita erti menghargai umur yg Allah hadiahkan kpd kita..Umur yg semakin bertambah langsung tidak mematangkan kita..Kita terlalu leka dgn dunia yg sentiasa di comoti hiburan, dosa dan noda...

Banyak yg dapat kita lihat sekarang..ramai remaja kita yg dah nak menjejak dewasa tp masih tidak matang dlm membuat keputusan dan menghadapi ujian- ujian di dunia yg fana ini..Kita tidak pernah nak ambik iktibar dari pengalaman dan kisah silam yg penah kita lalui..Kita biarkan diri kita terus hanyut dan leka dengan dunia yg di temani syaitan.. Sepatutnya sebagai muslim kita xsepatutnya jatuh k dalam lubang biawak yg sama..Tapi kita pada zaman sekarang seakan suka menjerumuskan diri kita ke dalam api neraka...Seakan kita dah booking neraka tuh tuk masa depan kita...Apa beza kita dengan org kafir?

Matang yg as maksudkan di sini..bukan lah matang yg perlu bersendirian..tiada cinta..tiada gelak tawa..menjadi org yg tidak normal..tapi  kita menjadi manusia yg sentiasa memberi motivasi kpd org...kita tidak kalah pd hasutan syaitan..sentiasa membataskan diri dgn syariat islam..

Sepatutnya,kita terus-terusan berusaha menjadi org yg hebat..Kita berusaha tuk membaiki diri disaat semua org tengah leka..Kita di ciptakan sebagai khalifah di muka bumi Allah ini,maka kita bertanggungjawab tuk bangkit dan memperjuangkan Islam..Membantu kawan2 kita yg masih di dalam kegelapan...

Marilah sama2 kita bangkit...kita sama2 berhijrah..Betulkan diri dan sentiasa matang dlm tindakan...

~*Andai Imam Hassan Al-Banna kisah perjuangan..
~*Andai Umar Abdul Aziz kisah pemerintahan..
~*Andai Bilal bin Rabah kisah kehambaan..
~*Apa pula kisah KITA?....

~>Aku adalah anak-anak panah Islam. Campakkanlah aku ke mana sahaja, aku tetap berjuang demi Islam.<~ -Saad bin Abi Waqqas-

♥Ana ukhtukum fillah♥

No comments:

Post a Comment