Monday, 29 August 2011

Perginya Ramadhan

Bismillahirahmanirahim...

Bangun pagi tadi..terasa hati sgt resah.Terasa sgt pelik..emosi yg tak dapat dikawal cube memberontak.Aku bersandar dan melepaskan pandang ke luar.Tiba- tiba ibu memanggilkanku membantunya di dapur,lalu dia memberitahuku,esok dah nak raya.Hari ni dah 29 Ramadhan.Aku terpana sebentar...ah jiwa kacau lagi...

Aku membantu ibu sambil melayan jiwa yg hiba..kenapa ni?Aku hanya menyepi tanpa bicara panjang dengan ibu..

Usai mengemas rumah..Kami bersiap untuk pulang ke rumah nenek.Aku hanya memandang sepi setiap lukisan Allah yg terbentang luas di depan,hati ku memuji kebesaran Allah.Zikir menemani perjalanan ku ke kampung..harap2 zikir ni mampu menenangkan jiwa ni.

Aku terus mengemas dapur selepas menjamah sedikit nasi masa berbuka tadi.Dentuman demi dentuman menyapa telinga..bingit,bising....ketawa riang mereka semakin melukai jiwaku.Kenapa bising sgt ni...tak sukanya.

Aku teruskan mengemas dengan hati yg sebal....kelopak mata terasa hangat dan nafasku turun naik..menahan rasa yg aku sendiri tak tahu...

Nenek memanggilkan ku jemaah bersama2 dengan semua keluarga seperti biasa.Aku hanya tersenyum dan bersiap.Sebelum mengangkat takbir...sepupu yang kecik berceloteh dgn rakan-rakan sepermainannya.."Eh..eh..esop raya lah..malam ni tak payah terawih"...

Saat tuh..jantungku seakan nak berhenti berdengup.Kenapa terlalu cepat masa berlalu..Kenapa Ramadhan dah nak pergi tinggalkan aku..?Aku mengangkat takbir dengan rasa hiba,saat kalimah Allah di baca,air mata terus-terusan mengalir...Doa yg dibaca baba makin membuat aku tak dapat mengawal rasa di hati.Sedih..sedih sgt..Rasa seperti aku akan kehilangan detik bahagia..Aku rasa seperti tak cukup amalan yg aku lakukan di bulan ramadhan.Rasa ketenangan berpuasa di bulan yg mulia ni...semakin lenyap.Ya Allah...terimalah amalanku..Pertemukan aku dengan Ramadhan lagi..sungguh aku dah mula merinduinya..Aku akan terus merindui Ramadhan..
Rupa-rupanya...inilah yang membuatkan jiwa aku kacau arini..Aku akan berpisah dgn Ramadhan.Aku takut..sangat takut seandainya aku xmampu lagi bertemunya nanti..Ya Allah..panjangkan umurku supaya aku akan menjumpai Ramadhan lagi..dan kau istiqamahlah hatiku dlm beribadah padaMu wlaupun bukan pada bulan puasa.Aku menghantar pemergian Ramadhan dengan doa dan bacaan ayat suci Al-Quran..

Aku dan semua umat Islam akan menyambut hari kemenangan pada esok hari.Aku tersenyum..semoga hari kemenangan esok dapat mengubat rinduku pada Ramadhan..Aku akan hiasi hari raya esok dengan cara yg diajari oleh Islam..Sungguh Allah,sungguh bernilainya rasa ini..Tetapkanlah hatiku dgn Islam..ya Rabbi..ameen.

Sila baca--> http://www.zaharuddin.net/senarai-lengkap-artikel/3/612-hari-raya-yang-perlu-a-jangan-buat.html










Tuesday, 23 August 2011

::Daie::

Assalamualaikum...apa khabar semua?waaah..dah lame cik as xupdate belog.Dah penuh dgn sarang labah2 ni.Tak pasal2 kena clean n clearkan dulu baru leh menulis.hihi..Dah..dah..jangan layan as mengarut.(Budak bahagia nak balik ke kampung)

Alhamdulillah..Tadi ada terawih perdana kat laman siswi..Asew gembira sebab dapat jumpa kawan2 seperjuangan..tp yg mengecewakan..beribu2 students..hanya sekelompok yg hadir.

Bukan as nak bukak aib..tapi nak kita sama2 fikir n alert sikit.Betapa ramai sahabat2 kampus kita yg masih hanyut dgn dunia.Even bulan ramadhan pun susah nak tengok mereka semua melakukan ibadah2.Apatah lagi bulan biasa.Bagi mereka cukuplah sekadar berpuasa..apa yg mereka dpt hanya lapar dan dahaga..Rugikan..Ramai dikalangan kita sekarang,nafsi-nafsi..Kalau nak beribadah..ibadah sorang-sorang..Biarkan je kawan2 bilik kita hanyut dgn arus masa...Sepatutnya kita sbagai daie mengajak mereka bersama-sama kita.

As tahu,bukan senang kita nak tarbiah orang.Tapi kita kena sentiasa berusaha dan jgn putus asa.Kita dapat tengok sini suasana kita sekarang...Ramai di kalangan para daie jauh dgn masyarakat.Bila berjalan hanya memberi salam dan tegur kalangan daie shj..Kenapa kita perlu membeza2kan..Sedangkan kita semua sama2 makhluk..Jahat atau baik itukan nilaian Allah.Allah yang tentukan..Kita sepatutnya berlapang dada dgn semua org.

As pernah bertanya kpd rakan2 as..Kenapa mereka jauh dgn daie..Kenapa mereka xpergi masjid dan majlis2 agama..Mereka ckp,kami tahu kami tak baik.Kalu kami pergi pun,mereka mesti pandang sinis kat kami.Macam kami ni jijik sgt.Tengoklah kalu jumpa tepi jalan,mesti jeling,satu senyuman pun tak bagi apatah lagi salam..

Hah..nampak tak para daie semua...Kita yang buang mereka..Kita kononnya nak salahkan mereka tak berubah,sedangkan diri kita dan cara kita dengan mereka bagaimana?Mereka sebenarnya perlu di tarbiah dgn lembut.Ajak mereka secara baik..Mereka mempunyai hati dan perasaan jugak..Bila kita guna kekasaran mesti mereka memberontak.Kadang2 mereka ni nak sgt jadi baik.nak sgt berubah,Tapi mereka takut..mereka takde tempat nak bergantung...Jadi kitalah bertanggungjawab nak bersama2 mereka mencari sinar Islam...insyaAllah.

Alhamdulillah..selama program2 nisa' yang as join ni,mereka banyak gunakan Touch and Hold..Mereka ajak adik2 dan remaja2 di luar sana join program.Program tuh ada banyak games,tapi xlari dari syariat yg ditetapkan.Remaja2 yg join tuh ada yg xbertudung..xsolat..dari macam2 latarbelakang..tapi kami xbuang mereka..Kami rapatkan diri dengan mereka...Dengar luahan hati mereka..Ajar mereka tentang Islam.Alhamdulillah cara ini sgt berkesan.Bila kami buat progran lepas tuh mereka dtg lagi dgn wajah baru...

Cara kelembutan ini kan di ajar oleh Nabi..Nabi tak berkasar dlm berdakwah..Kita sepatutnya mencontohi cara Nabi..Baru kita dapat mentarbiah org..Dan jgn lupa..Takkan lari gunung dikejar.. Tapi, kalau tak kejar pun, rasanya gunung tu memang takkan lari pun.. Cuma, sebelum kita sibuk nak kejar gunung tu, baik kita persiapkan diri kita dengan keimanan, ketakwaan dan keikhlasan yang sangat mantap.. Supaya kita dapat tawan gunung yang terbaik.. Dan yang paling penting ialah kita dapat menawan hati Pencipta gunung itu sendiri...

Gud luck para daie semua.Semoga Allah merahmati perjuangan kita.Selamat menambah amalan kita.Biarlah amalan kita pada akhir ramadhan ni melebihi hari2 biasa..Barakallah.. 















Thursday, 11 August 2011

Kesayanganmu...musuhmu

                                                        happy family<---insyaAllah..


''Wahai org2 yg beriman!Ssungguhnya di antra isteri2mu dan anak2mu ada yg menjadi musuh bagimu.maka berhati2lah kamu terhadap mereka.dan jika kamu maafkan dan santuni mereka maka Allah Maha Pengampun dan,Maha penyayang.Ssungguhnya hartamu dan anak2mu adalah cobaan bagimu,dan di sisi Allah pahala yg besar.(Q.S:64:14,15)

Hah...dup.dap.dup.dap hati as baca tafsir ni.Ishk..gerun tol..yewlah,kalu musuh tuh org kafir,mmg xkisah ah.kompem2 kita akan fight dowang.Ni family kita sendiri..sah2 lah kita love dowang byk2kan..

As pun belek ah kitab tafsir.nak tengok komen syeikh syeikh sal ayat nie..Owh,rupanya tafsir tuh berunsur teguran kpd kita.Sebab ramai remaja yg sebelum kawennya sgt rajin beribadah kpd Allah.Tak kurang jugak yg suka berjihad dlm menegakkan agama Allah di muka bumi ni.

Tapi apabila mereka melangkah ke alam perkahwinan..mereka berubah.Bukan berubah kpd org yg semakin dekat dgn Allah.Tapi semakin jauh..

Yewlah..isteri lawa,pandai menggoda lak tuh.cair meleleh2 lah kan kaum adam ni.Mulalah lupa tanggungjawabnya sbgai suami yg perlu mengajak isteri menjadi lebih baik..tup..tup dowang yg follow bini jadi lara...

Kadang2 adew suami yg nak gi masjid tapi sbb anak merengek xjadi gi masjid..huhu.Jadi disini suami isteri kena saling berusaha jadi yg lebih baik.saling melengkapi satu sama lain tuk jadi lebih baik.Berilah hak mereka,krn mereka berhak ke atas kita,cuma perlu berpada2..

Jadi kesimpulanya tok syeikh cakap..utamakan hak Allah.Baru utamakan hak family kita.Janganlah sbb kita syg mereka kita lupa hak Allah.Kahwin atau tak..cinta kita tuk Allah..kita xboleh menyintai makhluk lbh dr kita menyintai Allah...ingat tuh..

Ok lah...utk beberapa ketika as nak stop menulis jap..As dah nak final.So,kawan2 doa kan as ek..Semoga doa kowang semua mempermudahkan as jwb exam...sayang semua.Jangan nakal nakal...
























Wednesday, 10 August 2011

BISIKAN HATI

Langkahku sering tersilap
Kadang2 aku rebah tersungkur
Teresak-esak menangis sendiri
Kegelapan mula bermaharajalela di hati

Tiada tangan utk digapai
Tiada yg meringankan beban
Semua berlalu pergi tanpa belas kasihan
Tinggal aku terkulai sendiri

Saban hari berlalu dgn hiba
Aku kehilangan cahaya
Rasa jauh tak terkira
Saat cinta kabur dek air mata

Akhirnya helaian Quran ku selak
Ku ketemu surat cinta dariNya
Air mataku mengalir laju
Di sini cinta Agungku.

Ya Allah..
Ampuni sgala khilafku
Cinta palsu mengaburi mataku
Sehingga aku berpaling dr kasihMu yg hakiki

Pimpinlah langkahku
Tetapkanlah hatiku dgn agamaMu
Jauhilah aku dr lalai mengingatiMu
Jadikanlah rindu dan cintaku hanya utkMu.

Amen...

                                                                                                                             (u_u)--->i love u Allah
                                                                                                                                   ~asma 'atiqah~























Sunday, 7 August 2011

Siapa dia Dihati kita

Assalamualaikum..

Hah..zaman skg kan,perkataan kapel dah jadi benda biasa dlm masyarakat sekeliling kita.Bahkan kalu xdew kapel tuh mmg satu benda yg memalukan lah..betol x?


Pada pandangan as lah, sapew yg xterlibat dgn kapel2 ni mmg org yg hebat.Kenapa as ckp dia hebat?Sebab, dia dapat menjaga diri dan iman dia dari benda yg diharamkan Allah.Bukan ke Allah melarang kita mendekati zina.Kapel tuh nyata2 membawa kpd penzinaan.

Penah x kita berfikir sejenak...siapa 'dia' di hati kita?(dia-pasangan).Adakah kita syg dia sepenuh hati krn Allah atau kerana nafsu semata2?

Kalu betullah kita syg dia krn Allah,kita tak kan kapel dgn dia.Kita xkan ajak dia keluar.Kita xkan membawa dia ke lembah maksiat. Apabila kita menyayangi sseorang krn Allah,kita pasti merahsiakannya,krn kita nak jage diri kita dan dia dr menghampiri zina.Daripada di laknat Allah.Cukup sekadar Allah yg mengetahuinya.

Maka disini,nyata kpd golongan yg kapel itu mreka hny mengikut nafsu semata2.Maaf kalu as agak kasar dan tegas.As bincangkan gak bnd ni sbb as xnak kawan2 as lalai dr mengingati Allah..Sygkan lagi2 kalu kita dah belajar tentang Islam sejak kecil agi..

Ok,cuma kita tgok antara perkara yg berlaku bila kita kapel.

1-Apabila kita dah kapel ni,mulalah kita akan bhubung dgn tepon.Keluar dating.Belikan hadiah.Hah,semua yg kita buat tuh mesti gunakan duit kan?Duit tuh yg makayah kita bg buat kita belanja..Tapi kita xamanah.Kita guna duit tuh tuk benda lain.dah lah xamanh,menipu pastu membazir pulak tuh.ishk..ishk..

2-Kalu dah keluar dating tuh,mulalah nak pegang situ,nak cubitlah,nak gurau2 lah..Lame2,bila dah biasa sentuh gitu,syaitan pon bisik,ala buat jew lebih2 natikan kau nak kawen dgn dia...haaaaaaaaah,kita pom follow lah..Tuh yg adew kes anak luar nikah lah apew lah.

3-Apabila kita gaduh dgn pasangan kita,mulalah bertonggeng kat atas katil tuh..nangis2.xnak makan.nangis jew..Smp abaikan kesihatan,pelajaran n amal ibadah.Elok tak semua tuh?Allah bg kita pinjam badan ni,suke2 kita jew nak sakiti...

As bg tiga contoh tuh jew..sbb byk sgt keburukan kapel ni.As tahu,bukan senang nak buang semua tuh,sbb cinta tuh satu fitrah.Tapi biarlah cinta kita kpd org yg diredai Allah.yg dah halal bg kita.Kalu kita kenali pasangan kita tol2,mst kita xrasa nak kapel dgn dia.Dahlah dpt dosa,dia tuh bukan syg kita betul2 pun.
Kebanyakan pompuan cantik tak kan setia dgn pasanagn dia.Kebanyakan laki akan mementingkan dunia dia berbanding kita,Dia akan pentingkan kawan2,kerja.sbb dia anggap pasangan dia ni bukan tanggungjawab dia agi.So,utk apew kita bazirkan segala2nya tuk org yg xhalal bg kita??Kalu xpercaya cuba tanya kaji balik.

Dalam kehidupan ni mmg kita tak boleh lari dr buat silap.Tapi kita sbgai hamba kena selalu bertaubat dan memohon keampunan dr Allah.Allah akan menerima taubat hambanya..Cinta yg hakiki dan abadi adalah cinta Allah..belajarlah menyintai Allah sepenuh hati,luahkan segala rindu dan masalah kita setiap kali doa.Allah sgt menyayangi hambanya..Dia xpenah lupakan kita.Dia selalu ada dgn kita.Dia segala2nya.....

(^_^)<---Selamat Berbuka semua...


















Saturday, 6 August 2011

FOR THE PERSON THAT I LOVE .

Sesuatu yang menurutmu baik untukmu, belum tentu baik menurut Allah untukmu.
Dan sesuatu yang menurutmu buruk bagimu, belum tentu buruk menurut Allah bagimu”.
“Wahai Allah, aku meminta kepada-Mu kecintaan kepada-Mu, Kecintaan kepada orang yang mencintaimu, serta aku meminta amalan yang dapat mengantarkan aku kepada cinta-Mu.”


“Kerana Aku Mencintaimu”
Kerana aku mencintaimu, maka aku ingin menjagamu
Kerana aku mencintaimu, aku tak ingin terlalu dekat denganmu
Kerana aku mencintaimu, aku tak ingin menyakitimu
Kerana cintaku padamu,
Tak akan ku biarkan cermin hatimu menjadi suram
Tak akan ku biarkan telaga jiwamu menjadi keruh
Tak akan ku biarkan perisai qalbumu menjadi retak, bahkan pecah

Kerana cinta ini,
Ku tak ingin mengusik ketenteraman batinmu,
Ku tak ingin mempesonakan mu,
Ku tak ingin membuatmu simpati dan kagum,
Atau pun menaruh harap padaku.
Maka biarlah……
Aku bersikap tegas padamu,
Biarlah aku seolah acuh tak memperhatikanmu,
Biarkan aku bersikap dingin,
Tidak mengapa kau tidak menyukai aku,
Bahkan membenciku sekali pun, tidak masalah bagiku….
Semua itu kerana aku mencintaimu,
Demi keselamatanmu,
Demi kemuliaanmu.

Sebab…
Ada kekasih yang membuktikan cintanya dengan jutaan kalimat pujian dan rayuan….
Ada pula dengan sikap nan penuh kasih..
Tidak sedikit dengan pengorbanan yang meluluh lantakkan harga diri..
Ada pula dengan berkorban tenaga dan harta…..
Namun bagiku… Aku mecintai mu dengan menundukkan wajahku pada mu,
bukan karena ku ingin berpaling darimu,
tetapi kerana ku ingin menjaga pandanganmu dari panahan iblis..
Ku mecintaimu dengan tidak melemah lembutkan suaraku padamu,
bukan kerana aku ingin menyakitimu,
namun kerana aku ingin menjaga hatimu dari bisikan syaitan yang menipu..
Ku mencintaimu dengan menjauh darimu,



bukan keran ku membencimu….
Namun kerana ku ingin menjaga mu dari khalwat yang menjebak..
Ku mencintaimu dengan menjaga diri mu dan diriku…..
Menjaga kesucianmu dan kesucianku…..
Menjaga kehormatanmu dan kehormatanku…..
Menjaga kejernihan hatimu dan hatiku….
Cinta.. Tak mengapa saat ini kita jauh,
kerana kelak Allah yang akan menyatukan kita dalam ikatan sucinya…..
Kerana itu jauh lebih bererti.. Jauh lebih abadi..
Kerana ku yakin… Janji Allah adalah pasti, lelaki yang baik hanya untuk wanita yang baik..
Seperti inilah ku mencintaimu….. Dengan menjaga kesucian diri,  jiwa dan hatiku….
Hanya untuk ku persembahkan pd mu kelak…..
Oleh Kerana itu cinta…. Jaga kesucian cintamu juga hanya untukku..
~ Ya Rabb… PadaMu ku curahkan cintaku padanya…..~~
.
==> Ya Allah Jagalah Cinta Ku Padanya.(Di amik dr akuislam.com)tp dia sinonim dgn kata hati as

Friday, 5 August 2011

RAMADHAN KAREM

Assalamualaikum..

Lame betul cik as xupdate belog nie.Banyak betol benda yg nak buat smp mmg xleh nak mgadap belog pom..
Sowie ek kowang tpaksa menahan rindu nak baca belog as.(as ckup lah jgn perasan)haha..ok2, as gurau jew.

Dikesempatan ni as nak ucapkan selamat menyambut Ramadhan Al-mubarak dan Selamat berpuasa.
Hope amalan baik kita diterima Allah s.w.t.Kawan2 jgn lupa baca Quran byk2 taw.Bangun awal sikit time nak sahur tuh bia boleh solat sunat jap.Apa salahnya kan sebelum sahur tuh kita solat sunat dlu,tanda syukur kita kpd Allah yg xpnah putus bg nikmat kat kita.

As xnak bebel byk2 sal puasa ni sbb kita boleh baca semua kat artikel2 laen.Sama2 kita muhasabah diri yew.Bialah 1syawal nati menjadi satu kelahiran baru bg kita.Jadi org yg lebih baik dari semalam.jOm sucikan diri....Allah sentiasa ada dan maha pengampun..(6_6)

Maaf kalu as adew salah silap yew...