Bismillahirahmanirahim...
Bangun pagi tadi..terasa hati sgt resah.Terasa sgt pelik..emosi yg tak dapat dikawal cube memberontak.Aku bersandar dan melepaskan pandang ke luar.Tiba- tiba ibu memanggilkanku membantunya di dapur,lalu dia memberitahuku,esok dah nak raya.Hari ni dah 29 Ramadhan.Aku terpana sebentar...ah jiwa kacau lagi...
Aku membantu ibu sambil melayan jiwa yg hiba..kenapa ni?Aku hanya menyepi tanpa bicara panjang dengan ibu..
Usai mengemas rumah..Kami bersiap untuk pulang ke rumah nenek.Aku hanya memandang sepi setiap lukisan Allah yg terbentang luas di depan,hati ku memuji kebesaran Allah.Zikir menemani perjalanan ku ke kampung..harap2 zikir ni mampu menenangkan jiwa ni.
Aku terus mengemas dapur selepas menjamah sedikit nasi masa berbuka tadi.Dentuman demi dentuman menyapa telinga..bingit,bising....ketawa riang mereka semakin melukai jiwaku.Kenapa bising sgt ni...tak sukanya.
Aku teruskan mengemas dengan hati yg sebal....kelopak mata terasa hangat dan nafasku turun naik..menahan rasa yg aku sendiri tak tahu...
Nenek memanggilkan ku jemaah bersama2 dengan semua keluarga seperti biasa.Aku hanya tersenyum dan bersiap.Sebelum mengangkat takbir...sepupu yang kecik berceloteh dgn rakan-rakan sepermainannya.."Eh..eh..esop raya lah..malam ni tak payah terawih"...
Saat tuh..jantungku seakan nak berhenti berdengup.Kenapa terlalu cepat masa berlalu..Kenapa Ramadhan dah nak pergi tinggalkan aku..?Aku mengangkat takbir dengan rasa hiba,saat kalimah Allah di baca,air mata terus-terusan mengalir...Doa yg dibaca baba makin membuat aku tak dapat mengawal rasa di hati.Sedih..sedih sgt..Rasa seperti aku akan kehilangan detik bahagia..Aku rasa seperti tak cukup amalan yg aku lakukan di bulan ramadhan.Rasa ketenangan berpuasa di bulan yg mulia ni...semakin lenyap.Ya Allah...terimalah amalanku..Pertemukan aku dengan Ramadhan lagi..sungguh aku dah mula merinduinya..Aku akan terus merindui Ramadhan..
Rupa-rupanya...inilah yang membuatkan jiwa aku kacau arini..Aku akan berpisah dgn Ramadhan.Aku takut..sangat takut seandainya aku xmampu lagi bertemunya nanti..Ya Allah..panjangkan umurku supaya aku akan menjumpai Ramadhan lagi..dan kau istiqamahlah hatiku dlm beribadah padaMu wlaupun bukan pada bulan puasa.Aku menghantar pemergian Ramadhan dengan doa dan bacaan ayat suci Al-Quran..
Aku dan semua umat Islam akan menyambut hari kemenangan pada esok hari.Aku tersenyum..semoga hari kemenangan esok dapat mengubat rinduku pada Ramadhan..Aku akan hiasi hari raya esok dengan cara yg diajari oleh Islam..Sungguh Allah,sungguh bernilainya rasa ini..Tetapkanlah hatiku dgn Islam..ya Rabbi..ameen.
Sila baca--> http://www.zaharuddin.net/senarai-lengkap-artikel/3/612-hari-raya-yang-perlu-a-jangan-buat.html
Sila baca--> http://www.zaharuddin.net/senarai-lengkap-artikel/3/612-hari-raya-yang-perlu-a-jangan-buat.html
No comments:
Post a Comment